Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan antara fokus utama Tempatan Fest Universe 2019 yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Dis ini.
Pengarah Tempatan Fest Universe 2019, Mohd Nasir Abdul Rashid berkata acara dua hari itu akan lebih memperkasakan para usahawan kreatif tempatan dalam pelbagai bidang seperti rekaan, muzik, fesyen dan budaya.
"Kita buat acara ni untuk memajukan ekonomi tempatan, jadi lebih baik jika sokongan itu datang daripada rakyat Malaysia sendiri. Jika ada sokongan, jenama-jenama tempatan boleh lebih maju ke hadapan dan menghasilkan barangan yang lebih berkualiti.
"Barang-barang kita bukan sahaja dapat sambutan daripada warga tempatan malahan juga di luar negara," katanya kepada Bernama selepas sidang media Tempatan Fest Universe 2019 di sini, pada Khamis.
Tempatan Fest merupakan acara tahunan yang menghimpunkan jenama-jenama produk gaya hidup dan kreatif usaha belia tempatan sejak 2013, dan tahun ini ia akan diadakan di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.
Menurut Mohd Nasir, Tempatan Fest telah menjalankan kempen membeli barangan buatan Malaysia secara semulajadi dengan menampilkan barangan kreatif usaha belia tempatan sejak awal penganjurannya lagi.
Jelasnya, barangan tempatan perlu dihargai dan diangkat lebih tinggi berbanding barangan import.
Dalam pada itu, acara tahun ini terbahagi kepada dua segmen iaitu Tempatan Fest dan Tempatan Stage yang menampilkan persembahan band-band dalam negara.
Antara artis yang akan membuat persembahan adalah OAG, Salammusik dan Blues Gang pada 28 Dis, diikuti artis-artis hiphop terpilih Malaysia seperti K-Clique, Benzooloo dan SonaOne pada hari berikutnya.
Kemasukan ke Tempatan Fest adalah percuma, manakala bagi mereka yang ingin menonton persembahan di Tempatan Stage perlu mendapatkan tiket di laman web tempatanstage.ubertickets.my.
Selain aktiviti jualan jenama tempatan dan persembahan artis, pengunjung juga akan disajikan dengan pertunjukan fesyen, pertandingan skateboard dan jualan makanan di sepanjang festival itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019

Tempatan Fest merupakan acara tahunan yang menghimpunkan jenama-jenama produk gaya hidup dan kreatif usaha belia tempatan sejak 2013. - Facebook Tempatan Fest

Perarakan pedati Thaipusam ke Batu Caves dibenarkan dengan bersyarat - Annuar Musa
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Operasi bomba | Mayat lelaki dijumpai hanyut dekat Pantai Dalam
Mayat seorang lelaki ditemui hanyut di laluan sungai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di ibu negara. Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 12.24 tengah hari Sabtu.

PKP | Jangan 'kitar semula' surat kebenaran
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengitar semula surat kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa, terutama di sekatan-sekatan jalan raya. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Acp Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan perbuatan itu.

COVID: Thailand catat 198 kes baharu, satu kematian
Daripada 198 kes baharu itu, 180 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 111 dikesan melalui pengesanan kes aktif.

PdPR | Enam anak kongsi satu komputer riba
Pada ketika dunia berdepan dengan situasi pandemik, pembelajaran dalam talian kini menjadi satu keperluan. Bagi ibu bapa yang hanya mempunyai seorang atau dua anak, perkara itu mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah. Tetapi, bagaimana dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai dan perlu menyediakan peranti elektronik supaya anak-anak boleh belajar secara serentak?

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Seorang pekerja ERL positif COVID-19
Kenyataan ERL menyebut syif terakhir pekerja itu bertugas ialah pada 16 Jan lepas di Stesen Transit KLIA Bandar Tasik Selatan.

Unsur nadir bumi (REE): Fakta dan mitos
Harga pasaran dijangka meningkat berkali ganda daripada nilai pasaran semasa yang mampu mendatangkan limpahan kemakmuran ekonomi kepada negara pengeluar REE.

COVID-19 | Pesuruhjaya Pas Terengganu positif COVID-19
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu. Beliau yang berusia 75 tahun kini ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan.

Lebih 1,000 'Pakej My30 Plus30' telah ditebus
Orang ramai yang ingin menebus pakej berkenaan pada hari ini boleh melakukannya di kiosk Sayap Timur di stesen LRT KL Sentral sehingga jam 10.30 malam dan di Hab Bas Pasar Seni sehingga 7 malam.

Perginya Marjan S penyair posmen (1967 - 15 Januari 2021)
Marjan S saya anggap saudara, satu 'baiah' anak dagang asal Kedah yang melilau mencari jalan menjadi penyair dalam meriah semangat Pasar Seni 33 tahun lalu.

MOTAC lancar kempen Safe2Spa Jom Spa hingga 31 Mac
Sebanyak 10,000 baucar diskaun bernilai RM30 setiap satu akan diedarkan kepada pelanggan di semua spa serta pusat urut kaki di bawah seliaan AMSPA dan MAWSPA.

Pantun, upacara wangkang diiktiraf UNESCO
Ini menjadikan lima warisan budaya tidak ketara negara yang diiktiraf UNESCO.

Kerajaan setuju secara dasar luluskan permohonan MOTAC, SOP perlu diperincikan
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk meluluskan permohonan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuka aktiviti pelancongan termasuk aktiviti outdoor.

Umrah belum dibenarkan, MOTAC siasat iklan meragukan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang siasat iklan pakej umrah yang meragukan kerana rakyat Malaysia belum dibenarkan melaksanakan ibadah tersebut selepas COVID-19 melanda.

Tahun Baharu Cina 2021 P. Pinang disambut secara maya
Keputusan itu dibuat kerajaan negeri berikutan ketidaktentuan situasi semasa akibat penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Asimilasi budaya tempatan jadikan masakan Portugis dan Peranakan unik
Masakan Portugis jarang gunakan santan. Masakan Peranakan Melaka pula sedikit berlemak, ikut tradisi Melayu/Indonesia berbanding Peranakan Pulau Pinang sedikit masam ikut citarasa Thailand

MOTAC sedia percepatkan proses penyaluran peruntukan - Nancy
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia mempercepatkan proses penyaluran peruntukan kepada pemain industri yang terjejas sejak beberapa bulan lepas.

'Travel bubble' zon hijau mampu bantu pulih sektor pelancongan - Nancy
Sekiranya diluluskan, langkah itu akan memberi kelegaan kepada pemain industri yang kini semakin tertekan dengan situasi semasa.