KUALA LUMPUR: Menyedari ramai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perlu dilaksanakan akibat penularan COVID-19, Tempatan Fest - sebuah entiti yang menganjurkan acara memasarkan jenama tempatan - mengusahakan Tempatan Food Bank.
Menurut Pengasas Tempatan Fest, Mohd Nasir Rashid, Tempatan Food Bank diusahakan bagi menyemarakkan lagi usaha penyaluran produk makanan siap dari penyumbang kepada bakal penerima yang sangat memerlukan.
Mohd Nasir menjelaskan Tempatan Food Bank dimulakan pada 16 Jun lalu dan ia diinspirasikan dari semua bank makanan tempatan yang telah beroperasi sekian lama.
"Tempatan Food Bank dimulakan bagi mencipta jaringan komuniti kebajikan yang kuat capaian medianya.
"Kempen ini banyak menggunakan jaringan media sosial Facebook, Instagram dan Twitter. Tujuannya bagi memudahkan penyumbang dan penerima tahu lokasi bank makanan tersebut," katanya kepada Astro AWANI.
Mohd Nasir berkata, setakat ini Tempatan Food Bank berada di lima lokasi iaitu, Selangor, Melaka, Penang, Alor Setar dan Kuantan.
Katanya, Tempatan Food Bank menyediakan makanan bertin, makanan kering, susu bayi dan lampin kepada penerima yang dikenal pasti di kawasan-kawasan terbabit.
Bercerita lanjut, Mohd Nasir menjelaskan pada peringkat awal, Tempatan Food Bank berkolaborasi dengan komuniti Skate Tua serta TITA Kajang bersama ilustrator M.Farid Amir.
"Ia turut disokong Penghulu Alor Gajah dan Angkatan Lokal Malaya. Tiada dana dari mana-mana pihak melainkan kerja kebajikan peribadi rakan-rakan dari komuniti kreatif dan sumbangan perkongsian di sosial media.
"Kami mengalukan sumbangan orang awam dan berhasrat menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa atau komuniti lain, supaya dapat bergabung bagi membantu lebih ramai orang yang kesempitan," katanya lagi.
Mohd Nasir menambah, pihaknya memerlukan lebih banyak sumbangan kerana terlalu banyak permohonan dari mereka yang memerlukan diterima.
"Setakat ini sumbangan banyak datang dari rakan, kafe lokal dan teman dalam komuniti kreatif lokal serta orang ramai.
"Kami mengalu-alukan sumbangan makanan dan kegunaan harian seperti beras, minyak masak, susu bayi, gula dan roti untuk diagihkan kepada para pemohon di bank makanan tersebut," katanya.
Bagi yang berminat memberikan sumbangan boleh menghubungi nombor di poster-poster yang disediakan atau e-mail kepada [email protected].
Selain itu, mereka yang berminat untuk menyumbangkan barangan keperluan itu boleh datang ke lokasi-lokasi yang dimaklumkan dalam poster.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jun 25 2021
Tempatan Food Bank dimulakan pada 16 Jun lalu dan ia diinspirasikan dari semua bank makanan tempatan yang telah beroperasi sekian lama. - Gambar ihsan Tempatan Food Bank
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Teknologi AI: Membuka horizon baru dalam bidang seni
Teknologi memungkinkan seniman untuk menciptakan karya yang lebih inovatif, menggabungkan berbagai elemen visual, audio, dan interaktif.
Tempatan Food Bank salur bantuan makanan siap kepada yang memerlukan
Tempatan Food Bank diusahakan bagi menyemarakkan lagi usaha penyaluran produk makanan siap dari penyumbang kepada bakal penerima yang sangat memerlukan.
Kempen beli barang tempatan pasca PKP
Menyedari keperluan untuk menaikkan kembali ekonomi tempatan, satu kempen menggalakkan orang ramai menguatkan ekonomi tempatan dijalankan.
Apa ada pada M.Nasir?
Forum "Kembara Ke Solo" akan menjadi pemula program yang disusun bagi memenuhi kalendar 2018 dan 2019.