NATIONAL
Tengah 'jam' ke tu? Ini perkembangan trafik hingga 8 malam

LLM menerusi akaun Twitternya memaklumkan terdapat juga beberapa kawasan yang mengalami kesesakan di kedua-dua arah. - Foto Twitter LLM
Trafik di beberapa lebuhraya utama negara dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa.
Berdasarkan kemaskini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi akaun Twitternya, memaklumkan terdapat juga beberapa kawasan yang mengalami kesesakan di kedua-dua arah.
Berikut merupakan antara kawasan yang dilaporkan mengalami kesesakan sehingga kemaskini jam 8 malam tadi.
Utara:-
- Behrang ke Gopeng
- Terowong Menora ke Bukit Berapit
- Alor Pongsu ke Bandar Cassia
- Alor Setar (S) ke Alor Setar (U)
Selatan:-
- Senawang ke Hentian Senawang
- Ayer Keroh ke Hentian Kg.Bemban (kedua arah)
- Yong Peng (U) ke Ayer Hitam
- Simpang Renggam ke Hentian Simpang Renggam
- Machap ke Ayer Hitam
- Tangkak ke Jasin
- Simpang Ampat ke Pedas Linggi
Timur:-
- Sebelum keluar Plaza Tol Karak
- Sebelum masuk Plaza Tol Temerloh
- Sebelum masuk dan keluar Plaza Tol Chenor
- Trafik sesak 2.2 km sebelum keluar Plaza Tol Kuala Terengganu arah ke Pusat Bandar
- Trafik sesak 1.1 km sebelum masuk Plaza Tol Kuala Terengganu dari Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami