Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa pihak kementerian akan cuba untuk menyelesaikan serta mempercepatkan pembangunan di Kampung Baru yang dilihat ini sebagai satu cabaran yang besar.
“Pembangunan ini akan mengambil masa yang lama dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) dalam proses membincangkan 10 lagi projek. Saya harap perbincangan ini dapat dipercepatkan supaya pembangunan dapat dilaksanakan secepat mungkin,” kata beliau.
Menurut Tengku Adnan, pihak PKB akan turut bekerjasama dengan wakil-wakil rakyat dalam memastikan pembangunan tersebut dapat direalisasikan.
Beliau menambah, penduduk di Kampung Baru juga boleh mengajukan cadangan kepada pihak PKB bagi meningkatkan kerjasama dalam membangunkan kawasan tersebut.
“Saya berharap dan merayu supaya penduduk Melayu di Kampung Baru akan mengambil peluang yang diberi oleh kerajaan agar dapat terus bersatu untuk membangunkan kawasan ini.
“Ini adalah tanah nenek moyang kita. Kita perlu tunjuk kepada dunia bahawa orang Melayu juga mempunyai kemampuan untuk membangun supaya ia boleh menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan,” beliau berkata semasa siding media yang diadakan di Rumah ROHAS Jalan Abdullah di sini.
Pembangunan ini bertujuan mengubah lanskap dan wajah Kampung Baru disamping membangunkan semula kawasan tersebut dengan memelihara nilai kebudayaan Melayu.
Tengku Adnan turut menambah bahawa niat kerajaan adalah untuk membantu serta membela hak pemilik dan pewaris tanah di situ.
“Saya berharap pihak pembangkang tidak akan memainkan sentimen bahawa pihak kerajaan mahu mengambil alih tanah serta mengenepikan penduduk Melayu,” kata beliau.
Pada tahun lepas, mantan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik berkata, rancangan membangunkan semula Kampung Baru akan dibentangkan kepada Kabinet pada November lalu.
Melalui Akta Pembangunan Kampung Baru 2011, PKB ditubuhkan sebagai pemudahcara yang diamanahkan oleh kerajaan, demi kepentingan pemilik serta pewaris tanah di kampung itu.
Terdahulu, Pengerusi PKB, Datuk Astaman Abdul Aziz Khamis berkata, idea dan perancangan mengenai pembangunan Kampung Baru sedang dirangka dengan rapi bagi memastikan tiada seorang pun pemilik tanah di sana tercicir dalam pelan induk tersebut.
Menurut Astaman, PKB juga akan mengadakan sesi pertemuan dengan para penduduk Kampung Baru bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai perkembangan pelan induk tersebut bermula Jun hingga September tahun ini.
Walaubagaimanapun, pembangunan ini masih menjadi tanda tanya buat penduduk di kawasan tersebut kerana pemilik-pemilik tanah ingin mendapatkan tawaran yang berpatutan.
Rata-rata penduduk masih merasa risau adakah tanah milik mereka akan dibangunkan atau ianya akan berhenti separuh jalan sahaja.
Mereka yang berminat untuk membangunkan tanah mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM1,000 satu lot untuk menukar kategori penggunaan tanah.
Kampung baru merangkumi tanah seluas 90.2 hektar serta tujuh buah kampung yang menempatkan seramai 35,000 penduduk.
Arfa Yunus
Fri May 24 2013
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.
Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pada era pasca normal, pengurusan institusi kewangan perlu berdepan cabaran yang sangat pantas.
Cabaran media sosial antara topik dibincang Forum Perdana Ehwal Islam 'Legasi Merdeka'
Mohammad Redzuan berkata antara cabaran besar dalam menjaga kedamaian negara ialah penyalahgunaan platform media sosial.
Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran
Beberapa video yang tular mencabar orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine.
Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo kini 86 peratus siap - Fadillah
Pada tahun ini, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen dalam lebuh raya itu akan dibuka.
Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.
Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK
Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.
AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli
Adam Adli menjelaskan usaha itu penting ketika mana rakyat sedang dihimpit masalah ekonomi dan kemelut politik yang tiada kesudahan sejak dua tahun yang lalu.
Fahami cabaran ibadah haji akibat COVID-19 - Hajiji
Umat Islam di negara ini terutama rakyat Sabah diminta supaya memahami cabaran melaksanakan ibadah haji dalam situasi COVID-19 masih melanda seluruh dunia.
Ini caranya untuk kekal segar sepanjang hari berpuasa
Bercerita cabaran ketika berpuasa, selain menahan lapar, usaha untuk memastikan badan kekal hidrasi sering dibincangkan secara meluas.