awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Amir Shah raikan usahawan cemerlang PLATS

Bernama
Bernama
01/08/2025
22:10 MYT
Tengku Amir Shah raikan usahawan cemerlang PLATS
Tengku Amir Shah (dua, kiri) berkenan merasmikan majlis ketika berangkat ke Malam Anugerah Platform Selangor 2025 di Klang semalam. Turut mengiringi, Amirudin (kiri), Mohd Najwan (tiga, kanan) dan Saipolyazan (kanan). --fotoBERNAMA
KLANG: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) malam tadi, bagi meraikan pencapaian cemerlang usahawan di bawah program Platform Selangor (PLATS).
Baginda tiba kira-kira pukul 8 malam, diiringi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi serta Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) [MBI], Datuk Saipolyazan M Yusop.
Pada majlis itu, Tengku Amir Shah menyampaikan anugerah kepada 22 usahawan di bawah Program U-PLATS Digital dan U-PLATS Halal.
Bagi kategori U-PLATS Digital, anugerah diberikan merangkumi Usahawan Mikro Terbaik, Kategori Khas (Komuniti, Muda, Revolusi, Teknologi, Inovasi dan Wanita) serta penerima terbaik peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sementara itu, Anugerah U-PLATS Halal disampaikan kepada peserta Siri 1 program berkenaan yang memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Kesemua penerima anugerah merupakan alumni Program U-PLATS Digital, yang turut menerima tajaan sistem Point of Sales (POS) dan latihan perniagaan bernilai RM4,000.
Selain itu, 10 usahawan U-PLATS Halal menerima tajaan bernilai RM5,000 setiap seorang, dengan empat daripadanya sudah memperoleh sijil halal sebelum 30 Julai 2025, manakala selebihnya masih dalam proses kelulusan.
Sementara itu, Amirudin dalam ucapannya berkata lebih 88,000 peniaga mikro telah berdaftar di bawah program PLATS setakat ini.
Katanya selain akses digitalisasi, usahawan turut menerima bimbingan latihan, pembiayaan dan peluang berkembang secara inklusif.
Amirudin turut menyeru semua pihak sama ada agensi kerajaan, pemain industri, institusi kewangan dan masyarakat supaya berganding bahu membangunkan usahawan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana.
"Bantu mereka berkembang, bersaing secara sihat dan berjaya, supaya mereka dapat menyumbang semula kepada negeri. Kita mahu usahawan mikro hari ini menjadi pemilik perniagaan berjaya pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah
#PLATS
#Amirudin Shari
#Malam Anugerah Platform Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan