Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar, 86, mangkat di sebuah pusat perubatan di ibu negara pukul 3.26 petang hari ini, menurut
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda.
Beliau berkata berikutan kemangkatan itu, Terengganu akan berkabung selama 40 hari dan bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang bermula hari ini sehingga 4 Mac.
"Jenazah almarhum dijangka tiba di Kuala Terengganu pukul 10 pagi esok dan akan dibawa ke Istana Maziah sebelum dibawa ke Masjid Abidin untuk solat jenazah serta dikebumikan di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin selepas solat zuhur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata waktu untuk pembesar negara dan negeri serta tetamu kenamaan memberi penghormatan terakhir dijangka bermula 12 tengah hari esok sehingga pukul 1 tengah hari di Istana Maziah manakala untuk rakyat jelata yang ingin memberi penghormatan terakhir adalah dari 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Menurutnya Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari luar negara.
Tengku Ampuan Intan Zaharah berkahwin dengan Seri Paduka Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 3 April 1944 dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949.
Baginda menjadi Permaisuri Agong dari 1965 sehingga 1970 dan pernah dianugerahkan Grand Order of the Mugunghwa oleh Presiden Republik Korea pada 7 Feb 1966 selain dianugerahkan Darjah Utama Mahkota Negara pada 6 April tahun yang sama.
Baginda merupakan Penaung Pertubuhan Pandu Puteri Terengganu.
Bernama
Sat Jan 24 2015
Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar, 86, mangkat di sebuah pusat perubatan pukul 3.26 petang hari ini.
Setiap pemimpin jaga satu kampung, cadangan dibentang pada Kabinet - PM Anwar
Perdana Menteri mencadangkan agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi sampai ke kumpulan sasaran.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
AWANI Ringkas: Media Malaysia tidak bincang isu sensitif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
Venice berkabung selepas 21 maut dalam nahas bas
Bendera di bangunan rasmi di rantau ini akan dikibarkan separuh tiang kerana tragedi yang besar ini.
Angka kematian kebakaran kelab malam di Sepanyol meningkat kepada 13 orang
Kebakaran bermula dari satu daripada kelab berkenaan pada 6 pagi (0400 GMT) dan api marak dengan pantas ke premis lain.
Rakyat Terengganu diingatkan patuhi kod etika pakaian selama tempoh berkabung
Seluruh rakyat Terengganu dinasihatkan untuk mematuhi kod etika berpakaian selama lima hari tempoh berkabung.
Greece umum tiga hari berkabung susulan insiden kapal karam
Greece akan berkabung selama tiga hari bagi mengenang mangsa yang terkorban dalam insiden kapal karam di perairan antarabangsa dekat bandar Pylos,
Gempa Turkiye: Erdogan isytihar berkabung 7 hari
Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 (setakat jam 7.20 pagi waktu Malaysia), dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.
Pemimpin seluruh Asia Barat berkabung atas pemergian Presiden UAE
Pemimpin di seluruh Asia Barat menzahirkan kesedihan atas pemergian Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang meninggal dunia.
Nahas China Eastern Airlines: Keluarga mangsa nahas pesawat berkabung
Upacara berkabung bagi mengenang mangsa tragedi pesawat China Eastern Airlines yang mengorbankan 132 nyawa diadakan di lokasi nahas pada Ahad petang.
Kematian Benigno Aquino, Filipina berkabung 10 hari
Filipina akan berkabung selama 10 hari bermula 24 Jun, berikutan kematian bekas Presiden Benigno "Noynoy" Aquino III.
Pemergian Putera Philip: Rakyat Britain berkabung
Sebanyak 99 kali loceng dibunyikan sebagai simbolik usia Putera Philip ketika menghembuskan nafas terakhir.
Uruguay berkabung mengenang pemergian bekas presiden Tabare Vazquez
Penyokong Vazques meratapi pemergiannya dengan meninggalkan bunga, baju dan cenderamata di sebuah tapak peringatan sementara di hadapan rumahnya.