awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Mahkota Kelantan langsung perkahwinan 19 April ini

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/04/2019
10:05 MYT
Tengku Mahkota Kelantan langsung perkahwinan 19 April ini
Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, 45, akan melangsungkan perkahwinan dengan warga Sweden Sofie Louise Johansson, 33, pada 19 April ini. - Foto BERNAMA
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 45 tahun bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan dari Sweden Cik Sofie Louise Johansson, 33 tahun.
Menurut Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal majlis perkahwian diraja itu bakal dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 19 April depan.
Majlis tersebut bagaimanapun akan diadakan secara sederhana dan tertutup.
Menurut Dr Tengku Mohamed Faziharudean, majlis akad nikah pasangan berkenaan akan dilakukan di Istana Balai Besar seterusnya majlis persandingan yang turuti diadakan di tempat yang sama.
Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamed dijangka akan menyempurnakan majlis akad nikah pada malam 19 April nanti.
Dr Tengku Mohamed Faziharudean turut memaklumkan titah baginda supaya cenderamata sempena pernikahan baginda disumbangkan kepada badan amal dan kebajikan Kelantan.
Baginda juga meminta rakyat kelantan mendoakan supaya majlis perkahwinan baginda berjalan lancar dan dipermudahkan.
Topic Berkaitan
#Istana Balai Besar
#Ketua Istiadat Istana Kelantan
#menamatkan zaman bujang
#Mufti Kelantan
#Shukri Mohamed
#Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra
#Tengku Mahkota Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan