PETALING JAYA: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan merasmikan Rumah KanWork iaitu sebuah tempat untuk membantu penyembuhan secara holistik bagi mereka yang terkesan dengan kanser.
Keberangkatan tiba Tengku Permaisuri Norashikin di Jalan SS21/1 Damansara Utama di sini pada 10.45 pagi disambut isteri Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad dan Pengerusi KanWork Dr Mazanah Muhamad.
Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja KanWork bertitah kanser merupakan satu penyakit kronik yang semakin meningkat dan ia tidak mengenal peringkat umur.
"Mereka yang didiagnos dengan kanser memerlukan sokongan dalam menghadapi cabaran ini, selain itu penjaga pesakit juga perlu dititikberatkan kerana mereka merupakan tulang belakang dalam proses penyembuhan pesakit.
"Inilah peranan KanWork, yang ditubuhkan bagi menyokong mereka yang menghadapi cabaran kanser," titah Tengku Permaisuri Norashikin ketika merasmikan Majlis Perasmian Rumah Kanwork di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar semua pihak terus menyokong usaha murni yang dilakukan KanWork, termasuk menyalurkan sumbangan dalam membantu mereka yang terkesan dengan kanser.
Pada majlis hari ini Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melancarkan buku terbaru terbitan KanWork berjudul Dari Dapur KanWork dan menerima replika cek sumbangan Perbadanan Wakaf Selangor, Yayasan Waqaf Malaysia dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) masing-masing berjumlah RM50,000.
KanWork adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang giat memberikan sokongan informasi, emosi dan rohaniah kepada mereka yang terkesan dengan kanser melalui aktiviti kumpulan sokongan, lawatan ke hospital dan rumah serta melalui talian Helpline 1-800-22-8672.
KanWork turut melaksanakan pelbagai program pendidikan dan kesedaran kepada komuniti untuk pencegahan awal kanser dan menggalakkan amalan cara hidup sihat supaya sentiasa sihat sepanjang hayat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Rumah KanWork hari ini. - Foto Bernama
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Rumah KanWork
Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan Rumah KanWork iaitu sebuah tempat untuk membantu penyembuhan secara holistik bagi mereka yang terkesan dengan kanser.