awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya

Bernama
Bernama
18/03/2023
10:20 MYT
Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya
Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bermain dengan beberapa ekor kucing yang terdapat di Taman Kucing Taman Tasik Cyberjaya hari ini. -Bernama
PUTRAJAYA: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya, dekat sini hari ini.
Baginda berkenan melepaskan beberapa ekor kucing dari sangkar sebagai simbolik pelancaran serta turut meluangkan masa melawat sekitar taman dan bermain dengan haiwan berkenaan.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Datuk Abdul Hamid Hussain berkata tujuan taman itu dibina adalah untuk memberi perlindungan kepada kucing terbiar di sekitar daerah Sepang bagi memastikan haiwan itu terpelihara dan tidak berkeliaran.
Abdul Hamid berkata beberapa strategi telah dirangka untuk taman berkenaan antaranya melantik panel doktor veterinar separuh masa, mengadakan program pemandulan dan program "Adoption and Release".
"Taman ini juga ialah satu transit bagi kucing terbiar yang mempunyai peluang untuk dijadikan haiwan kesayangan bagi mereka yang berminat," katanya.
Beliau berkata taman itu dilengkapi dengan sebuah pejabat, klinik, ruang istirahat termasuk unit rawatan rapi, unit pemulihan serta unit rawatan ibu dan anak kucing.
Abdul Hamid berkata taman kucing berkenaan dapat menempatkan kira-kira 300 kucing pada satu-satu masa dan pada masa depan, pihaknya akan berkolaborasi dengan pelajar universiti atau kolej berhampiran untuk membantu dari segi penjagaan kucing berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#doktor veterinar
#Tengku Permaisuri Selangor
#Tengku Permaisuri Norashikin
#Taman Kucing Cyberjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan