awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul masih Menteri Kewangan, harap tidak bangkit lagi isu ini - Shahar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/03/2022
02:45 MYT
Tengku Zafrul masih Menteri Kewangan, harap tidak bangkit lagi isu ini  - Shahar
Kementerian Kewangan sekali lagi mengesahkan bahawa Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz masih menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sekali lagi mengesahkan bahawa Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz masih menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan.
Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah di Dewan Rakyat hari ini.
"Yang Berhormat Menteri Kewangan masih menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan.
"Tidak ada peletakan jawatan. Saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Pokok Sena.
"Tempoh hari saya telah maklumkan kepada YB di luar Dewan Rakyat, hari ini saya maklumkan dalam Dewan Rakyat.
"Saya harap Tan Sri Yang di-Pertua, YB Pokok Sena tidak bangkitkan isu ini lagi," jelasnya.
Beliau menegaskan perkara tersebut sebagai menjawab persoalan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mempersoal kedudukan Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan.
Kementerian Kewangan sebelum ini menafikan surat peletakan jawatan Tengku Zafrul yang sedang tular.
Kementerian itu dalam kenyataan ringkas berkata, Tengku Zafrul kekal fokus untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara daripada belenggu COVID-19.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Kementerian Kewangan
#Zafrul letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan