awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul negatif COVID-19, jalani kuarantin kendiri di rumah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
06/10/2020
05:26 MYT
Tengku Zafrul negatif COVID-19, jalani kuarantin kendiri di rumah
Tengku Zafrul turut memaklumkan beliau akan berada di rumah untuk menjalani pemantauan kesihatan kendiri.
KUALA LUMPUR:Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkam beliau negatif jangkitan COVID-19.
Beliau membuat pengumuman tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram peribadinya pada Selasa.
“Pagi ini (Selasa) saya telah menerima keputusan ujian saringan COVID-19. Alhamdulillah, keputusannya negatif,” kata Tengku Zafrul.
Dalam hantaran sama, Tengku Zafrul memaklumkan beliau akan berada di rumah untuk menjalani pemantauan kesihatan kendiri.
View this post on Instagram
Assalammulaikum & Salam Sejahtera, ⠀ ⠀ Pagi ini saya telah menerima keputusan ujian saringan COVID-19. Alhamdulillah, keputusannya negatif. Namun, saya akan terus berada di rumah menjalani pemantauan kesihatan kendiri. Tugasan dan komitmen kerja juga akan diteruskan dari rumah. Terima kasih semua atas doa dan ucapan selamat. ⠀ _____________⠀ ⠀ Assalammualaikum & greetings,⠀ ⠀ This morning, I received my COVID-19 results. Alhamdulillah, it is negative. Nevertheless, I will continue to self-quarantine and monitor health at home. Will perform work duties from home. Thanks everyone for your concern and well wishes.
“Tugasan dan komitmen kerja juga akan diteruskan dari rumah. Terima kasih semua atas doa dan ucapan selamat,” ujarnya.
Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif jangkitan COVID-19.
Susulan pengumuman berkenaan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri di kediaman beliau selama 14 hari mengikut nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Muhyiddin berkata, beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dihadiri Dr Zulkifli dan beberapa anggota Kabinet serta pegawai tertinggi kerajaan pada 3 Oktober lalu.
BACA: COVID-19: Hadir mesyuarat khas MKN, Dr Noor Hisham kuarantin wajib
Anggota Kabinet lain yang turut hadir termasuk Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof), Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin), Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Adham Baba) dan menteri-menteri berkaitan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan COVID-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Sabtu lalu, 3 Oktober.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan COVID-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Sabtu lalu, 3 Oktober.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut juga ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.
Setakat ini, Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham telah membuat keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
#negatif jangkitan
#kuarantin kendiri
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Muhyiddin Yassin
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan