Ekoran cuaca yang buruk, pendaratan ikan juga turut terjejas teruk dan kesannya adalah harga ikan di pasaran yang turut meningkat.
Menurut Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang, Rashima Baharuddin, ikan yang banyak didaratkan masa sekarang ialah dari spesies ikan kerisi dan yang banyak dijual di pasaran ialah ikan sejuk beku yang diimport.
Ikan sejuk beku itu pula dijual pada harga antara RM16 hingga RM18 sekilo.
“Pendaratan ikan sangat berkurangan jadi mereka pun mendapatkan bekalan ikan beku juga, tapi harganya adalah dalam RM16 ke RM18 sekilo bagi ikan kembong dan ikan selar,” ujar Rashima.
Tambahnya, orang ramai yang mahu mendapatkan ikan segar pada harga yang berpatutan disaran beralih kepada ikan sejuk beku keluaran LKIM dengan jenama Q-Fish.
“Ikan Q-Fish ini kita cuma jual sebanyak RM10 sekilo. Itu harga maksimum yang kita tawarkan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa penyerahan ikan sejuk beku keluaran LKIM di Pusat Pemindahan Banijr di SMK Pandan, Kuantan.
LKIM menjamin ikan sejuk beku keluarannya adalah segar kerana ikan dinaikkan dari jeti terus disejuk bekukan mengguna teknik IQF (Individually Quick Frozen).
"Q-Fish ini kita dapat jamin sebab kita menggunakan teknologi pembekuan secara individu dan bukannya (dilakukan secara berkelompok) hingga bergumpal macam ikan kotak.
"Dari pendaratan ikan, kita terus masukkan ke dalam mesin IQF dan dibekukan setiap seekor, jadi kesegaran dapat dikekalkan. Kalau betul pengendalian yang dilaksanakan, kita dapat simpan ikan itu sehingga tempoh 6 hingga 8 bulan.
"Jadi kalau kita dapat musim ikan tu dalam lambakan pendaratan, kita bekukan dan musim tengkujuh ini kita keluarkan untuk dinikmati rakyat," jelasnya.
Sehingga kini, LKIM Pahang telah menyerahkan sehingga 200 kilogram ikan Q-Fish ke beberapa pusat pemindahan banjir di Pahang.
Astro Awani
Fri Jan 05 2018

Bekalan ikan sejuk beku adalah alternatif terbaik dalam menghadapi kekurangan bekalan ikan segar sepanjang musim tengkujuh. - Gambar hiasan
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekalan ikan mencukupi menjelang Tahun Baharu Cina - LKIM
Bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.

LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.

Bekalan ikan dijangka kurang 10 peratus, mencukupi sepanjang MTL
Jabatan Perikanan ambil langkah awal dan proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan ikan sepanjang tempoh MTL iaitu November hingga Mac tahun depan.

MTL: Pendaratan ikan berkurangan, DOF pastikan bekalan stabil di seluruh negara
Jabatan Perikanan ambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kestabilan bekalan ikan di seluruh negara ekoran fasa peralihan Monsun Timur Laut.

Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM
LKIM meminta pihak pemborong dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut terutama ikan ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).

Musim tengkujuh: Tiada kenaikan harga ikan di Terengganu
Tiada kenaikan harga ikan di negeri ini walaupun berdepan musim tengkujuh, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Azman Ibrahim.

Monsun Timur Laut: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi
LKIM memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan.

Bekalan ikan segar mencukupi - LKIM
Pengurangan pendaratan ikan cuma berlaku di negeri-negeri pantai timur, manakala di pantai barat dapat mendaratkan ikan seperti biasa.

Bekalan hasil laut termasuk ikan mencukupi pada musim tengkujuh
Jabatan Perikanan memberi jaminan bahawa bekalan harian hasil laut negara adalah mencukupi semasa musim tengkujuh tahun ini.

Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.