awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan

Bernama
Bernama
28/05/2022
15:08 MYT
Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Jabatan Perikanan memberi jaminan akan sentiasa memastikan sumber bekalan ikan mencukupi di negara ini. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Mohd Sufian Sulaiman berkata kekurangan bekalan serta harga ikan yang tinggi adalah isu global, akan tetapi Jabatan Perikanan sentiasa memastikan sumber bekalan itu mencukupi.
"Janganlah membuat pembelian panik kerana dari segi penternakan dan tangkapan ikan memang mencukupi. Sila buat pembelian secara biasa," katanya kepada pemberita di pelancaran 'Kempen Jom Makan Ikan Air Tawar Peringkat Negeri Selangor' di sini hari ini.
Kempen Jom Makan Ikan Air Tawar 2022 merupakan usaha Jabatan Perikanan menggalakkan masyarakat mengguna ikan air tawar dalam menu masakan harian mereka, sekali gus akan meningkatkan permintaan dan pengeluaran ikan air tawar.
Kempen hari ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah, di mana kempen ini merupakan kesinambungan di peringkat negeri selepas dilancarkan pada 24 Mac lalu oleh Menteri MAFI Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan ikan
#harga ikan
#jabatan perikanan
#bekalan mencukupi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan