awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim tengkujuh: Tiada kenaikan harga ikan di Terengganu

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2023
07:15 MYT
Musim tengkujuh: Tiada kenaikan harga ikan di Terengganu
Tangkapan ikan di Terengganu meningkat pada musim tengkujuh kerana jumlah ikan akan lebih banyak terutama di tangkapan zon A dan zon B. - Gambar fail
MARANG: Tiada kenaikan harga ikan di negeri ini walaupun berdepan musim tengkujuh, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Azman Ibrahim.
Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima mendapati harga ikan menurun dan situasi tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Sekarang saya mendapat maklum balas harga ikan sudah turun di mana ikan selayang sudah boleh dibeli dengan harga RM10 bagi tiga kilogram.
"Ia merupakan suatu yang tak pernah berlaku bagi tempoh agak lama untuk konteks di Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar Program Melabuh Tukun Tiruan X-To-Reef di Jeti Pelancongan di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Azman berkata, tangkapan ikan meningkat pada musim tengkujuh kerana jumlah ikan akan lebih banyak terutama di tangkapan zon A dan zon B.
"Bulan September, Oktober dan November ialah musim tangkapan meningkat. Musim ini ikan dari perairan laut dalam akan hampir ke pesisir pantai.
"Jadi ia fenomena yang biasa (spesies ikan laut dalam banyak) berlaku pada musim tengkujuh. Sebab itu kita sangat menitikberatkan supaya tidak berlaku kaedah tangkapan yang merosakkan sumber di kawasan pesisir pantai ketika musim berkenaan," ujarnya.
Dalam pada itu, Azman menyatakan penurunan harga disebabkan peningkatan jumlah pendaratan ikan sebanyak 99 peratus di Terengganu pada tahun ini berbanding tahun lepas.
"Sebanyak 70 peratus daripada peningkatan tersebut (99 peratus) disumbang oleh hasil tangkapan nelayan zon A dan zon B iaitu jarak lima hingga 12 batu nautika dari pantai atau pulau.
"Sebab itu, kita fokus pada program memperkayakan perikanan di zon A dan zon B," jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#musim tengkujuh
#harga ikan
#bekalan ikan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan