awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Darat tumpas aktiviti seludup lembu di Sungai Golok

Bernama
Bernama
12/09/2024
06:00 MYT
Tentera Darat tumpas aktiviti seludup lembu di Sungai Golok
Haiwan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Rantau Panjang manakala kes akan disiasat oleh pihak kastam. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Tentera Darat Malaysia (TDM) menumpaskan aktiviti penyeludupan 12 ekor lembu bernilai RM60,000 yang dibawa masuk merentasi Sungai Golok berdekatan sempadan Malaysia-Thailand semalam.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan ketika kejadian 1.15 petang itu tiga suspek melarikan diri sewaktu serbuan dilakukan.
"Dua suspek meloloskan diri dengan menyeberangi Sungai Golok ke Thailand manakala seorang lagi suspek dipercayai bersubahat melarikan diri menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda ke arah jalan utama dan meninggalkan 12 ekor lembu di tempat kejadian.
"Satu laporan polis berkaitan rampasan haiwan ternakan termasuk maklumat mengenai kenderaan pacuan empat roda itu telah dibuat di Balai Polis Lalang Pepuyu, Tanah Merah," menurut kenyataan itu hari ini.
Haiwan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Rantau Panjang manakala kes akan disiasat oleh pihak kastam.
Berdasarkan rekod, kes berkenaan membabitkan rampasan haiwan ternakan yang kedua berlaku sepanjang September ini di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia.
Kes pertama berlaku pada 4 Sept lepas membabitkan rampasan sembilan ekor kerbau dan seekor lembu yang diseludup masuk dari Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup lembu
#Tentera Darat Malaysia
#Sungai Golok
#penyeludupan lembu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan