MALAYSIA
Teo turun padang tinjau polis, tentera manfaatkan fasa pertama BUDI95

Nie Ching berkata kaedah pelaksanaan subsidi itu sebenarnya mudah dan tidak membebankan pengguna. - Foto Facebook/Teo Nie Ching
KUALA LUMPUR: Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mula dilaksanakan tengah malam tadi, dengan kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis menjadi kumpulan peringkat pertama menikmati subsidi petrol RON95 yang ditetapkan pada harga RM1.99 seliter berbanding pasaran semasa RM2.05 seliter.
Berkongsi video di laman Facebooknya, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang turun padang tengah malam tadi bagi memantau pelaksanaan inisiatif tersebut, berkata kaedah pelaksanaan subsidi itu sebenarnya mudah dan tidak membebankan pengguna.
"Langkahnya sangat mudah hanya perlu imbas kad pengenalan, masukkan jumlah isian dan buat pembayaran," katanya sambil menambah pengguna juga boleh menggunakan aplikasi Touch 'n Go sebagai alternatif pembayaran.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga sedar mengenai situasi rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu luar negara dan perkara itu sedang diteliti oleh Kementerian Pengangkutan.
"Saya percaya pada masa yang terdekat, (akan) ada berita yang bagus untuk anda semua (pemegang lesen memandu luar negara)," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami