Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyeru semua pihak memastikan penerapan teknologi hijau dalam setiap kegiatan pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini.
Beliau mengingatkan atas dasar itu pihak berkaitan termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu perlu tentukan pembangunan yang terancang dan teratur dijalankan selain menyediakan kawasan lapang sesuai bagi kegiatan riadah dengan mengintegrasikan ciri-ciri teknologi hijau di setiap pembangunan perumahan,
komersial dan perindustrian.
"Ini penting demi mewujudkan suasana kehidupan yang kondusif, aman damai dan sihat kepada setiap penghuni selaras hasrat kerajaan mementingkan rakyat menerusi slogan Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan dan Janji Ditepati," katanya ketika berucap pada Persidangan Perancangan Negeri Sabah sempena Hari Perancang Bandar Sedunia di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor.
Musa yang juga Menteri Kewangan berharap kehijauan dan keindahan semulajadi di negeri ini dikekalkan meskipun kehidupan cara moden dalam arus globalisasi tanpa sempadan mencetuskan perubahan kepada persekitaran.
Beliau berkata para profesional dan penyelidik agensi kerajaan dan pihak swasta serta badan bukan kerajaan perlu terus bekerjasama menjalin silaturahim rapat bagi mewujudkan bandar hijau mampan di negeri ini untuk terus dinikmati bersama.
Menurut Musa, kerajaan negeri menyokong penuh komitmen kerajaan persekutuan dalam melaksanakan penerapan teknologi hijau di negara ini seperti memberi insentif fiskal dan melalui 'Green Building Index (GBI)'.
SZA SZA HBS1
Bernama
Tue Nov 20 2012
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Projek mega di Sabah bukti kerajaan pusat prihatin - Musa
Pelbagai projek mega yang sedang dan akan dilaksanakan di Sabah adalah bukti kerajaan pusat prihatin dan tidak omong kosong dalam membawa pembangunan pesat ke negeri ini.
PM Najib begitu prihatin dengan pembangunan Sabah - Musa
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang paling banyak memberikan peruntukan untuk pembangunan Sabah.
Sabah kaji skim sedia sokongan kewangan bagi kontena bermuatan import, eksport
Kerajaan Sabah sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan skim penyamaan muatan yang akan menyediakan sokongan kewangan bagi kontena bermuatan import dan eksport di pelabuhan di Sabah.
Rakyat Sabah diminta berwaspada janji kosong dibuat parti baharu - Musa
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dengan janji kosong dibuat oleh parti baharu yang hanya wujud untuk pilihan raya.
Sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan BN penting demi keharmonian - Salleh
Sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak penting demi keharmonian dan pembangunan negara, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Segala aset dan sumber digerakkan dalam operasi mencari mangsa - Musa
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi jaminan segala aset dan sumber yang ada telah dan sedang digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),
Kuatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap pengendali bot - Musa
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu pihak berkuasa berkenaan menguatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap pengendali perkhidmatan bot mengangkut penumpang dan pelancong.
Status letak jawatan Adun Inanam pamer konflik dalaman parti PKR
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman percaya wujud konflik dalaman PKR berikutan tindakan ADUN Inanam Dr Roland Chia yang menyatakan hasrat meletak jawatan menerusi lamannya.
Nurul Izzah: Musa Aman harus minta maaf
Nurul Izzah Anwar ingin Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta maaf mengenai halangan kemasukannya ke Sabah.
Musa Aman angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
BN Sabah Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.