awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbiar, ibarat kota "berhantu": Kerajaan negeri sedia bantu bangunkan semula Bandar Agacia

Aida Aziz
Aida Aziz
23/03/2022
04:45 MYT
Terbiar, ibarat kota "berhantu": Kerajaan negeri sedia bantu bangunkan semula Bandar Agacia
Difahamkan, kawasan ini pernah menjadi tarikan pelancong disebabkan warna dan stuktur bangunannya yang ceria serta menarik perhatian, malah ia pernah mendapat gelaran 'Disneyland Malaysia'. - Sumber foto pembaca Astro AWANI
IPOH: Kerajaan negeri bersedia untuk membantu membangunkan semula Bandar Agacia di Kampar yang sebelum ini mendapat nama jolokan "Disneyland Malaysia", namun kini disifatkan tidak ubah seperti bangunan berhantu kerana tidak berpenghuni.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kawasan berkenaan bukan di bawah seliaan kerajaan negeri dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak swasta.
"Bandar Agacia itu sebenarnya projek swasta, jadi ia sebenarnya di luar kawalan kami (kerajaan negeri).
"Kerana ia projek yang dianjurkan oleh syarikat swasta, pada waktu ini memandangkan pandemik COVID-19 dan saya pun sudah ke sana (Bandar Agacia) dua kali dan berjumpa dengan pemaju untuk lihat apa pelan perancangan yang boleh kami bantu.
"Tetapi oleh kerana pandemik ini, pembangunan mereka juga agak perlahan. Jadi untuk mereka aktifkan kembali dan dapatkan peniaga masih belum capai tahap yang memuaskan,"katanya.
Nolee Ashilin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Integriti Pelancongan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (JIPS) 2.0, di sini pada Rabu.
Hadir sama Pengarah SPRM Negeri Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad.
Beliau menambah, pemaju kawasan tersebut kini dalam proses untuk meneruskan pembangunan yang telah dirancang sebelum ini.
"Kerajaan negeri ada turun (lawat Bandar Agacia) tetapi projek itu milik pihak swasta.
"Kalau dia sudah mulakan semula perniagaan, kami (kerajaan negeri) memang ada perancangan untuk bantu daripada segi seni jalanan dan sebagainya. Perkara ini kita boleh bincang bersama dengan Majlis Daerah Kampar,"katanya lagi.
Bandar Agacia
Sebelum ini, keadaan terkini Bandar Agacia menjadi perbualang hangat bukan sahaja penduduk setempat tetapi juga di media sosia. - Sumber foto pembaca Astro AWANI
Sebelum ini, Bandar Agacia menjadi perbualan hangat bukan sahaja penduduk setempat tetapi turut diperkatakan di media sosial.
Difahamkan, kawasan ini pernah menjadi tarikan pelancong disebabkan warna dan stuktur bangunannya yang ceria serta menarik perhatian, malah ia pernah mendapat gelaran 'Disneyland Malaysia'.
Media turut melaporkan, Bandar Agacia ini kini sepi tanpa kehadiran pengunjung dan banyak kedai sudah gulung tikar disebabkan tidak mampu untuk meraih keuntungan. Bukan itu sahaja, cat bangunan juga kelihatan luntur seperti tidak diselenggara.
Terdahulu, program jelajah yang bermula hari ini sehingga Jumaat turut mendapat kerjasama Tourism Perak, Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan bertujuan meningkatkan kesedaran pentingnya integriti dijadikan amalan meskipun dalam industri pelancongan.
Nolee Ashilin berkata, ia menjadi platform terbaik bagi SPRM untuk menyebarluaskan mesej pencegahan rasuah selain menekankan pembudayaan anti rasuah dalam amalan kehidupan seharian masyarakat.
Topic Berkaitan
#Bandar Agacia terbiar
#Nolee Ashilin Mohammed Radzi
#COVID-19
#Disneyland Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan