Skip to main content

Sukan

Terbuka Artik 2026: Aaron-Roy King mara ke final, Zii Jia tersingkir

Malaysia berdepan nasib berbeza pada Terbuka Artik 2026 di Vantaa, Finland apabila Aaron Tai-Yap Roy King yang kali pertama digandingkan berjaya mara ke final. - Gambar Facebook BAM
Malaysia berdepan nasib berbeza pada Terbuka Artik 2026 di Vantaa, Finland apabila Aaron Tai-Yap Roy King yang kali pertama digandingkan berjaya mara ke final. - Gambar Facebook BAM

Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan nasib berbeza pada Terbuka Artik 2026 di Vantaa, Finland apabila Aaron Tai-Yap Roy King yang kali pertama digandingkan berjaya mara ke final, manakala pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia tersingkir pada separuh akhir.

Aaron dan Roy King meneruskan penampilan sulung penuh sensasi pada kejohanan berstatus Super 500 itu, menewaskan beregu Denmark, Christian Faust Kjær-Rasmus Kjær 21-14, 21-16 dalam masa hanya 37 minit.

Pasangan itu seterusnya akan bertemu dengan Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng dari Taiwan. 

Bagaimanapun, perjalanan pemain nombor 56 dunia, Zii Jia berakhir apabila tewas kepada pilihan keempat dari Denmark, Anders Antonsen yang juga pemain nombor enam dunia, 11-21, 21-15, 16-21.

Kekalahan itu sekali gus memihak kepada Antonsen bagi memecahkan kebuntuan apabila kedua-duanya berada dalam kedudukan terikat 5-5 dalam 10 pertemuan mereka sebelum ini.

Walaupun tersingkir, Zii Jia menampilkan aksi positif untuk kembali ke prestasi terbaiknya di Finland, menerusi kemenangan 21-11, 21-16 menewaskan pilihan kedua kejohanan, Christo Popov dari Perancis dalam perlawanan suku akhir pada Jumaat.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement