awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peguam didakwa subahat edar, miliki dadah di lokap mahkamah
Exco FAM sedia letak jawatan elak penggantungan FIFA - Mohd Yusoff
Republikan AS tolak cadangan tindakan ketenteraan terhadap Greenland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terdapat keperluan wujudkan asrama untuk Kolej Komuniti di Sabah - Zambry

Bernama
Bernama
22/11/2025
14:53 MYT
Terdapat keperluan wujudkan asrama untuk Kolej Komuniti di Sabah - Zambry
Zambry berkata, Sabah mempunyai keperluan berbeza berbanding negeri lain, terutama melibatkan pelajar dari kawasan pedalaman yang memerlukan kemudahan asrama. - KPT
KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa memberi perhatian khusus terhadap pembangunan pendidikan tinggi di Sabah, termasuk keperluan untuk menyediakan asrama di Kolej Komuniti serta penubuhan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata Sabah mempunyai keperluan yang berbeza berbanding negeri lain, terutama melibatkan pelajar dari kawasan pedalaman yang memerlukan kemudahan asrama bagi menyambung pengajian di Kolej Komuniti.
"Saya lihat ada keperluan untuk kita wujudkan asrama untuk pelajar yang datang daripada pelbagai kawasan di dalam negeri Sabah. Jadi kita akan lakukan.
"Dasar Kolej Komuniti memang tidak ada asrama tapi dalam konteks Sabah, Sarawak dan kawasan-kawasan pedalaman tertentu di Semenanjung, keperluan itu sangat penting," katanya kepada pemberita selepas program Makan Malam santai Bersama Menteri Pendidikan Tinggi, di sini hari ini.
Zambry berkata keperluan itu disedari selepas lawatannya ke beberapa Kolej Komuniti di Sabah termasuk Kolej Komuniti Tambunan dan Beaufort, yang menerima pelajar dari kawasan luar bandar serta sukar diakses.
Beliau berkata kerajaan turut mengambil langkah besar dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi di Sabah, dengan meluluskan penubuhan Fakulti Undang-Undang di UMS.
"Kabinet telah meluluskan untuk mewujudkan satu fakulti baharu dan kita benarkan kepada UMS sekiranya mereka nak wujudkan sebuah fakulti undang-undang.
"Majlis Peguam pun tidak ada halangan untuk Sabah dan Sarawak mempunyai fakulti undang-undang," katanya.
Beliau berkata langkah itu penting bagi membuka lebih banyak peluang kepada anak muda Sabah dalam bidang profesional undang-undang, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada universiti di Semenanjung.
Zambry berkata tempoh penubuhan fakulti berkenaan juga bergantung kepada kesediaan UMS.
"Kita harap mereka boleh segerakan tapi saya rasa ia mungkin mengambil masa antara enam bulan hingga setahun dari sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#asrama
#kolej komuniti
#pelajar
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan