awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terdapat kesilapan dalam pengiraan undi DAP

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2013
15:50 MYT
Terdapat kesilapan dalam pengiraan undi DAP
Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi pada pemilihan parti itu bulan lalu.
Ini berikutan seorang calonnya, Zairil Khir Johari disahkan berada di kedudukan ke-20 pada Jawatankuasa Eksekutif Pusat CEC dan bukannya berada di tangga ke-39 sebelum ini.
Menurut Pengarah Pilihan Raya DAP Pooi Weng Keong, kesilapan itu hanya disedari selepas pindaan mengikut pengauditan dalaman dan luaran dibuat.
Ianya dikatakan berpunca daripada masalah teknikal apabila keputusan telah dipindahkan menggunakan perisian Microsoft Excel.
Kesilapan yang berlaku menyebabkan calon yang meraih kedudukan ke-31 hingga ke-38 dan kedudukan ke-61 hingga ke-68 diberikan bilangan undi yang sama.
Zairil, yang sebelum ini dikatakan mendapat 305 undi, sebenarnya memperoleh jumlah sebanyak 803 undi dan bermakna beliau berada pada kedudukan ke-20.
Manakala seorang lagi Vincent Wu yang sebelum ini mendapat tempat keenam dengan jumlah 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.
Topic Berkaitan
#DAP
#pemilihan parti
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan