awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu beri imbuhan keluarga ramai anak

Bernama
Bernama
01/09/2015
00:38 MYT
Terengganu beri imbuhan keluarga ramai anak
AHMAD RAZIF: Kerajaan negeri menggalakkan rakyat menambah bilangan anggota keluarga untuk secara tidak langsung ke arah mencapai status negeri maju dan menambah generasi baru. -Gambar Fail
Kerajaan negeri akan memberi imbuhan kepada keluarga yang mempunyai ramai anak, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Beliau berkata kerajaan negeri menggalakkan rakyat menambah bilangan anggota keluarga untuk secara tidak langsung ke arah mencapai status negeri maju dan menambah generasi baru.
"Kita mahu misalnya seorang ibu melahirkan sehingga 12 orang," katanya kepada pemberita ketika melawat kelahiran bayi sempena Hari Kebangsaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.
Ahmad Razif berkata bentuk imbuhannya akan dikenal pasti.
Beliau berkata Terengganu mempunyai kadar penduduk yang rendah iaitu kira-kira 1.1 juta orang.
Yayasan Pembangunan Keluarga juga telah melaksanakan khidmat kaunseling kepada keluarga yang mempunyai masalah kekeluargaan, katanya.
Kerajaan negeri turut menggalakkan program berbulan madu bagi pasangan yang telah lama berkahwin bagi memperkukuh hubungan suami isteri.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif
#anak
#keluarga
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan