KUALA TERENGGANU: Langkah kerajaan negeri mengecualikan cukai pintu rumah kediaman bagi tempoh 2018 hingga 2023 mengakibatkan Terengganu kehilangan hasil sebanyak RM82.5 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pengecualian cukai tersebut selaras dengan manifesto Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.
"Sebaik Pas memenangi Terengganu pada PRU14, kami telah menghapuskan cukai pintu rumah kediaman bagi melaksanakan janji berkenaan.
"Kesannya Terengganu hilang hasil sebanyak RM82.5 juta yang sepatut dikutip oleh tujuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya ketika menjawab soalan lisan Khazan Che Mat (Bersatu-Seberang Takir) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.
Khazan mahu tahu berapakah hasil cukai pintu rumah kediaman yang sepatutnya dikutip kerajaan negeri sejak manifesto itu dilaksanakan.
Menjawab soalan tambahan Khazan sama ada kerajaan negeri berhasrat untuk membuat kutipan cukai pintu rumah kediaman secara bersasar pada masa akan datang, Wan Sukairi memaklumkan bahawa cadangan tersebut sedang dipertimbangkan.
Bagaimanapun menurut beliau, pihaknya turut menerima cadangan lain dan kesemuanya akan dikaji serta diperhalusi sebelum keputusan akhir dibuat.
"Kerajaan negeri banyak menerima cadangan supaya cukai tersebut dilaksanakan secara bersasar mengikut kaedah tertentu kerana negeri kehilangan hasil yang banyak.
"Tetapi kami akan kaji dahulu cadangan tersebut serta cadangan lain sebelum membuat keputusan muktamad," katanya.
Katanya berdasarkan data pada 2018 kutipan cukai pintu rumah kediaman yang sepatutnya dikutip ialan RM9.7 juta; 2019 (RM12.73 juta); 2020 (RM13.87); 2021 (RM14.56 juta); 2022 (RM15.27) dan 2023 (RM16.38 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
WAN SUKAIRI: Kerajaan negeri banyak terima cadangan supaya cukai tersebut dilaksanakan secara bersasar mengikut kaedah tertentu, tetapi kami akan kaji dahulu sebelum buat keputusan muktamad. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Terengganu hilang hasil RM82.5 juta susulan pengecualian cukai pintu kediaman
Wan Sukairi berkata, pengecualian cukai tersebut selaras dengan manifesto Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.