JERTIH: Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama pihak berkaitan akan mengambil pendekatan mendekati dan menjalin hubungan baik dengan ahli keluarga serta saudara-mara pemimpin ajaran sesat Ayah Pin, atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, melalui pelbagai kaedah.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata selain sebagai usaha membawa mereka ke jalan yang benar, hubungan baik itu juga untuk memantau dan memastikan ajaran sesat tersebut tidak kembali tersebar.
"Saya sudah bercakap dengan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Hulu Besut (Mohd Husaimi Hussin). Insya-Allah mereka akan ambil pendekatan dan buat penglibatan lebih rapat dengan mereka.
"Pendekatan yang diambil melibatkan pelbagai kaedah seperti (menjaga) kebajikan, pendidikan dan kaunseling," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan penempatan ahli keluarga dan saudara-mara Ayah Pin di Kampung Batu 13, di Hulu Besut dekat sini.
Tinjauan di kawasan seluas kira-kira dua hektar yang menempatkan 38 rumah itu turut disertai Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan dan Mohd Husaimi yang meluangkan masa hampir 30 minit meninjau serta bertemu seorang daripada balu Ayah Pin, Che Jaharah Awang, 64.
Bagaimanapun, Muhammad Khalil berkata pihaknya setakat ini tidak melihat sebarang aktiviti mencurigakan atau bukti menunjukkan ajaran sesat yang pernah menggemparkan negara dengan 'Kerajaan Langit' itu kembali tersebar.
"Kita lihat semuanya dalam keadaan terkawal, tidak ada kegiatan mencurigakan sebagaimana yang diuar-uarkan. Secara zahirnya, semua dalam keadaan baik," katanya.
Mazli pula berkata pihak polis memberi jaminan akan terus memantau bagi memastikan ajaran sesat sebegini tidak mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam di Terengganu.
"Kita sentiasa buat pemantauan di penempatan ini dan dapat dijelaskan oleh penduduk bahawa kegiatan itu tidak dilakukan seperti yang diuar-uarkan... kita amat mengambil berat perkara ini dan melakukan pemantauan pada setiap masa," katanya.
Beliau juga berkata pihaknya akan melakukan siasatan secara menyeluruh sebelum membuat keputusan sama ada akan memanggil pemilik akaun Facebook 'Imam Muda Kulan' yang mendakwa berlaku penyebaran semula ajaran sesat Ayah Pin.
Mazli turut menasihati orang ramai supaya berhenti menggembar-gemburkan perkara itu kerana ia boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.
"Saya juga minta orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak yang berkenaan, jangan gunakan media sosial sehingga boleh menyebabkan kerisauan awam," katanya.
Ditanya mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa ajaran itu mahu dihidupkan semula dan telah mula bertapak di Pekan serta Rompin, beliau berkata pihaknya belum dapat mengenal pasti perkara tersebut.
Terdahulu, sebuah hantaran di akaun Facebook Imam Muda Kulan mendakwa ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan tertentu sekitar Besut.
Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada 1997 mengeluarkan fatwa bahawa ajaran itu adalah sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.
Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin yang mempunyai 150 pengikut.
Ayah Pin meninggal dunia pada 22 April 2016 pada usia 74 tahun di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut akibat sakit tua.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Muhammad Khalil pada sidang media selepas bertemu serta menyantuni balu kepada pengasas ajaran sesat Ayah Pin di kediamannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Jertih, 18 Mac 2024. --fotoBERNAMA
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Terengganu pantau ajaran Ayah Pin, jalin hubungan baik dengan ahli keluarga
Hubungan baik adalah bagi membawa mereka ke jalan yang benar dan memantau serta memastikan ajaran itu tidak kembali tersebar.
Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis
Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Ayah Pin: Bukan hidupkan semula ajaran sesat, cuma keraian - Penduduk kampung
Penduduk di Kampung Batu 13 di Hulu Besut dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungun itu.
Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis
Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.
Cubaan hidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin dalam perhatian
Ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut.