awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu pantau lokasi kaki ponteng puasa

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2022
21:00 MYT
Terengganu pantau lokasi kaki ponteng puasa
MOHD NOR: Individu yang ditahan tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebab membolehkan mereka meninggalkan puasa akan diberi nasihat terlebih dahulu sebelum dikenakan tindakan tegas. -Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Perkampungan Cina antara lokasi tumpuan kaki ponteng puasa di Kuala Terengganu kerana golongan berkenaan mengambil kesempatan berada di kawasan bukan Muslim.
Justeru, kerajaan Terengganu akan memperhebatkan pemantauan di kawasan terbabit selain lokasi dikenal pasti menjadi tumpuan sepanjang Ramadan.
Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, pemantauan menerusi operasi bersepadu Op Plastik Hitam itu akan dilaksanakan oleh penguat kuasa syariah dan dibantu agensi lain termasuk pihak berkuasa tempatan dan polis.
"Individu yang ditahan tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebab membolehkan mereka meninggalkan puasa akan diberi nasihat terlebih dahulu sebelum dikenakan tindakan tegas," katanya.
Tambah beliau, selain menggempur lokasi panas, aktiviti dakwah jalanan juga akan digerakkan sepanjang Ramadan bagi menyebarkan maklumat dan risalah termasuk mengenai kesalahan tidak berpuasa.
“Saya juga mencadangkan setiap masjid dapat menyampaikan peringatan mengenai hukuman kepada individu ponteng puasa sebelum menunaikan solat Jumaat.
“Individu tidak berpuasa boleh dikenakan hukuman di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 dan kita mahu rakyat tanamkan rasa takut dengan tindakan mengikut enakmen yang ada,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kaki ponteng puasa
#Perkampungan Cina
#kawasan bukan Muslim
#Op Plastik Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan