Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana meraih dua anugerah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Khamis lepas.

"Pencapaian ini menunjukkan usaha kementerian dalam meningkatkan kesedaran HIV dan Aids, malaria serta penyakit lain, serta kesedaran ibu mengandung telah diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya dalam entri terbaharu beliau di laman Facebook pada hari Sabtu.

Kementerian Kesihatan meraih dua daripada lapan anugerah sempena sambutan ulangan tahun ke-68 PBB. Anugerah tersebut ialah Peningkatan Kesihatan Kehamilan dan Memerangi HIV, Malaria serta Penyakit Lain.

PBB memberi pengiktirafan kepada sumbangan Malaysia dalam mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG).