awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman buaya ketika banjir paksa penduduk berpindah ke PPS
Piala Super Sepanyol: Barcelona mara ke final dengan bergaya, idam aksi El Clasico
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih AWANIJr dan SMASZAL - Petugas Hospital Serdang

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2020
08:35 MYT
Terima kasih AWANIJr dan SMASZAL - Petugas Hospital Serdang
Petugas-petugas kesihatan Hospital Serdang menerima sumbangan makanan daripada AWANIJr dan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin.
Dalam kesibukan petugas-petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan dan pasukan perubatan dalam menghadapi musibah COVID-19, sumbangan pelbagai pihak membuatkan golongan ini sangat terharu dengan keperihatinan berterusan yang ditunjukan oleh rakyat Malaysia.
Satu panggilan telefon daripada seorang rakan yang bertugas di Hospital Serdang menyatakan ada kebanyakan petugas terlalu sibuk dan tiada masa untuk keluar mendapatkan bekalan makanan segera menjentik rasa tanggungjawab rakan-rakan AWANI Junior (AWANIJr) untuk menghulur bantuan.
Bersama-sama sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZAL) sepakat untuk melakukan sumbangan kepada para petugas di hospital berkenaan pada Selasa. Inisiatif itu berjaya mengumpulkan dana untuk menyalurkan sumbangan makanan bagi tempoh dua hari kepada barisan hadapan Hospital Serdang .
“ Terima kasih kepada rakan-rakan AWANIJr dan SMASZAL dan juga orang persendirian dan pertubuhuhan Empirical Malaysia yang prihatin dan sudi memberikan sumbangan ini.
“Kami kaiitangan di Hospital Serdang sangat terharu dan bangga mempunyai rakyat Malaysia yang prihatin seperti anda. Teruskan berusaha bantu kami melawan COVID -19!” kata petugas Hospital Serdang, Mohd Noorfadlee Deraman, 43.
Difahamkan ramai petugas yang terpaksa bekerja lebih daripada 12 jam sehari dan tidak pulang ke rumah dalam beberapa tempoh waktu bagi menumpukan tugas menangani krisis COVID -19.
Para petugas kesihatan juga tidak dapat pulang ke rumah kerana demi menjaga keselamatan keluarga masing-masing.
Menurut Fadlee, sebelum ini terdapat juga beberapa orang perseorangan yang memahami kesibukan petugas-petugas kesihatan tampil menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada mereka.
Topic Berkaitan
#AWANI Junior
#COVID19
#Hospital Serdang
#petugas kesihatan
#Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin
#sumbangan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan