awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima OTP yang meragukan pada awal pagi? Ini penjelasan Pasukan MySejahtera...

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2021
02:51 MYT
Terima OTP yang meragukan pada awal pagi? Ini penjelasan Pasukan MySejahtera...
Siasatan mendapati penggunaan malicious script, menyebabkan aplikasi itu menghantar One-Time Password' (OTP) terhadap telefon pengguna.
KUALA LUMPUR: Pasukan MySejahtera telah menyiasat dakwaan mengenai perbuatan manipulasi terhadap ciri pendaftaran QR aplikasi berkenaan khusus untuk premis perniagaan.
Pasukan MySejahtera pada malam Selasa berkata, mereka telah menerima aduan melalui helpdesk dan saluran media sosial berhubung OTP untuk mengesahkan nombor telefon mereka melalui pendaftaran masuk QR khusus untuk premis perniagaan
siasatan mendapati pihak tidak bertanggungjawab telah menyalahguna ciri berkenaan melalui penggunaan ‘malicious script’, dan menyebabkan aplikasi itu menghantar ‘One-Time Password' (OTP) terhadap telefon pengguna.
siasatan mendapati pihak tidak bertanggungjawab telah menyalahguna ciri berkenaan melalui penggunaan ‘malicious script’, dan menyebabkan aplikasi itu menghantar ‘One-Time Password' (OTP) terhadap telefon pengguna.
Menurut kenyataan itu lagi, siasatan mendapati pihak tidak bertanggungjawab telah menyalahguna ciri berkenaan melalui penggunaan ‘malicious script’ dan menyebabkan aplikasi itu menghantar ‘One-Time Password' (OTP) terhadap telefon pengguna.
“Susulan itu, pihak kami telah menyekat titik akhir Application Programming Interface (API), serta melakukan langkah tambahan untuk menambahbaik sekuriti.
“Kami ingin meyakinkan pengguna bahawa tiada data peribadi yang boleh diakses melalui penggunaan skrip tersebut, tetapi beberapa nombor telefon telah digunakan secara rawak untuk penghantaran OTP berkenaan,” menurut kenyataan itu lagi.
Susulan itu, MySejahtera memohon maaf kepada semua pengguna aplikasi yang terlibat, dan akan terus melakukan siasatan, di samping memberi perincian dalam masa terdekat.
Pada Isnin, beberapa pengguna aplikasi membuat aduan mengatakan menerima SMS dari 68088, kod pendek dari MySejahtera, antara pukul 12 tengah malam Isnin, hingga awal pagi Selasa, meminta pengguna mengesahkan akaun mereka melalui OTP.
Looks like I'm not alone. Received a similar SMS from 68088, supposedly from @my_sejahtera, at 4.56am. I was at home, fast asleep. An explanation from the relevant party(ies) will be great to keep the conspiracy theories at bay. Cc: @officialmosti @DrAdhamBaba @KKMPutrajaya https://t.co/L6IDtNSBvr
— Haresh Deol (@HareshDeol) October 19, 2021
Kenapa dpt msg ni pukul 3 pagi? Mysejahtera tgh test OTP ke cana? pic.twitter.com/4xQc6gIFfW
— pah (@iffahs_) October 18, 2021
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#OTP
#malicious script
#MOSTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan