awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima tisu basah: Lazada mohon maaf, pulang kembali wang

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
03/03/2018
04:04 MYT
Terima tisu basah: Lazada mohon maaf, pulang kembali wang
Setelah membuat pembayaran sebanyak RM3,219 melalui kad kredit miliknya, pembeli terkejut apabila kemudiannya hanya menerima satu bungkusan yang mengandungi dua paket tisu basah. Foto Facebook
Lelaki yang menerima bungkusan tisu basah daripada Lazada, selepas membuat pesanan untuk membeli telefon pintar, kini sudah menerima kembali wang yang dibayarnya.
Menurut lelaki yang enggan dikenali itu, kes berkenaan dianggap selesai selepas syarikat jualan atas talian tersebut memohon maaf dan memulangkan wangnya pada Khamis.
"Lazada telah memulangkan kembali wang saya dua hari lepas," kata mangsa kepada Astro AWANI menerusi satu teks mesej, hari ini.
Katanya, Ketua Pegawai Komersial Lazada, Christophe Lejeune, dan stafnya telah bertemu dengannya pada 25 Februari lalu bagi memohon maaf dan menjelaskan isu berkenaan dengan lebih lanjut.
FB
FB
Sebelum ini dilaporkan, seorang lelaki membuat belian atas talian untuk satu telefon pintar jenama Samsung Galaxy Note 8 daripada seorang peniaga di laman Lazada pada 12 Disember tahun lalu. VIDEO: Beli telefon pintar RM3,219, tapi dapat tisu basah! Setelah membuat pembayaran sebanyak RM3,219 melalui kad kredit miliknya, dia bagaimanapun terkejut apabila kemudiannya hanya menerima satu bungkusan yang mengandungi dua paket tisu basah. Bungkusan itu dihantar sendiri oleh pihak Lazada.
Topic Berkaitan
#CIMB
#Lazada
#mangsa
#Samsung
#siasatan
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan