"Saya memang terkejut apabila melihat payung kuning dan beberapa individu bersongkok lilit putih menghampiri kenderaan 10 minit selepas kereta saya terbabas."
Demikian cerita Pegawai Penerangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Jasliza Jamil selepas terlibat dalam kemalangan di Susur Persiaran Barat Ke lebuh Sentosa, Putrajaya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 7.20 pagi tadi.
Jelas Jasliza, kereta Perodua Alza yang dipandu seorang diri itu tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan terbabas ke tengah pembahagi jalan.
"Pada waktu itu memang hujan renyai dan selalu saya lihat orang kemalangan di kawasan ini tapi hari ini berlaku kepada saya pula.
"Selepas itu saya duduk di bahagian belakang kereta dengan keadaan yang masih trauma dan tangan menggeletar tiba-tiba saya ternampak payung kuning menghampiri kenderaan.
"Kemudian saya nampak Yang di-Pertuan Agong dan baginda bertanyakan keadaan saya.
"Baginda turut menawarkan untuk membawa saya ke hospital tetapi saya ambil keputusan untuk ke balai polis terlebih dahulu.
"Alhamdulillah saya menerima bantuan yang sangat mudah di balai polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
BACA: Yang di-Pertuan Agong cemar duli bantu mangsa kemalangan
Kejadian tersebut telah dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi Istana Negara kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah kelihatan turun dari kenderaan rasminya untuk memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan di Putrajaya.
Menurut muat naik pada laman itu, Seri Paduka Baginda dalam perjalanan untuk menghadiri Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati dekat sini.
Sinar Harian
Wed Jun 26 2019
Pegawai Penerangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Jasliza Jamil menceritakan pengalaman dia berjumpa dengan Agong, semasa baginda mencemar duli hadir untuk membantunya - Gambar Istana Negara
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.