KUANTAN: Tidak boleh menabur bakti akhir menguruskan jenazah insan tersayang menjadikan perpisahan abadi lebih pahit daripada pengalaman berdepan kematian lain buat waris pesakit COVID-19.
Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 46, berkata rasa terkilan amat dirasai apabila hanya mampu melihat empat individu tidak dikenali dengan sut peralatan perlindungan diri (PPE) mengebumikan jenazah neneknya, di sebalik pagar tanah perkuburan.
Neneknya yang berusia 84 tahun merupakan pesakit COVID-19 daripada kluster Tanah Putih Baru di sini, dengan kluster itu dipercayai berpunca akibat ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di masjid semasa aktiviti berbuka puasa atau moreh.
"Ralat di hati kerana kami langsung tidak boleh menatap, mencium tok (gelaran neneknya) buat kali terakhir...tidak berpeluang untuk mandi, kafan atau solatkan jenazah sedangkan arwah ada lima anak dan ramai cucu yang boleh diharap untuk menguruskan jenazah.
"Baru dua hari lepas tok disahkan positif namun kesihatannya merosot dengan mendadak. Semalaman sahaja dia di unit rawatan rapi (ICU) sebelum kami dimaklumkan sudah dijemput Ilahi...tak sempat kami bisikkan kalimah syahadah kepadanya," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali di sini hari ini.
Siti berkata selain neneknya, tiga lagi ahli keluarganya juga disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan yang diwajibkan kepada semua penduduk Taman Tanah Putih Baru ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di situ pada 5 Mei.
Bagaimanapun, keadaan neneknya paling teruk disebabkan faktor usia selain menghidap penyakit lain termasuk kencing manis dan darah tinggi.
Buat masa ini, ayah, ibu dan adik lelakinya sedang menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan Siti berharap keluarganya tidak lagi menerima khabar duka dalam masa terdekat.
"Tak sangka akhirnya ia (COVID-19) berlaku dalam keluarga kami. Lebih sedih, kami kehilangan insan tersayang sehari sebelum hari raya. Kami tidak tahu ada dalam kalangan keluarga yang dijangkiti kerana tiada simptom ketara.
"Ayah memang jemaah masjid dan mengalami demam hujung bulan lepas. Beberapa hari kemudian baru kami dimaklumkan mengenai kluster itu namun masih berharap tiada apa-apa kerana keadaan ayah semakin baik selepas mendapatkan rawatan di klinik," katanya.
Sehubungan itu, Siti berharap mana-mana penduduk Taman Tanah Putih Baru yang 'menghilangkan diri' dari rumah sejurus sebelum PKPD bermula dan belum tampil membuat saringan untuk segera pulang bagi mengambil ujian itu supaya status kesihatan mereka diketahui.
Setakat 12 tengah hari semalam, Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan jumlah pesakit positif daripada kluster Tanah Putih Baru ialah 177 orang, dengan 21 kes direkodkan semalam.
"COVID-19 bukan main-main. Jangan anggap ia tidak serius hanya kerana kita rasa sihat dan tidak ada simptom. Keluarga saya sudah melalui pengalaman pahit ini dan harapnya tiada lagi yang perlu merasainya.
"Untuk menamatkan kluster ini memerlukan kerjasama semua, bukan hanya jaga diri, namun dalam keadaan COVID-19 sudah merebak dalam komuniti, saya rasa kita semua perlu ada semangat menjaga jiran dengan melakukan ujian saringan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021
Petugas pengurusan jenazah pesakit COVID-19 menurunkan jenazah seorang mangsa ke dalam liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Setali untuk dikebumikan sehari sebelum Aidilfitri hari ini. - Foto BERNAMA
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.