NATIONAL
[TERKINI] 9 anggota FRU maut kemalangan dengan lori muatan kerikil
![[TERKINI] 9 anggota FRU maut kemalangan dengan lori muatan kerikil [TERKINI] 9 anggota FRU maut kemalangan dengan lori muatan kerikil](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-05/41747105464_anggotaFRUmautk.jpg)
Sebuah trak polis FRU terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan batu kerikil di Jalan Chikus - Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan maut. - Foto JBPM Perak
TELUK INTAN: Sekurang-kurangnya sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam nahas jalan raya melibatkan trak yang mereka naiki dengan sebuah lori muatan batu kerikil, pagi ini.
Ringkasan AI
- Sembilan anggota FRU maut dan 8 cedera dalam nahas jalan raya membabitkan trak FRU dan lori muatan batu kerikil di simpang tiga Jalan Chikus - Sungai Lampam.
- Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas bertugas mengawal perarakan Hari Wesak; mangsa yang tersepit telah diselamatkan oleh pihak bomba.
- Pemandu lori telah ditahan untuk siasatan, manakala mangsa cedera dihantar ke Hospital Teluk Intan; dua daripada mereka meninggal dunia semasa dirawat.
Menurut Ketua Cawangan dan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah, lapan daripada mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pada masa sama, pemandu lori terbabit telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Shazlean berkata, lapan anggota FRU yang meninggal dunia di lokasi kejadian telah dikenal pasti. Berikut senarai nama mereka:
1. Sjn Perumal Sugunanathan
2. Kpl Nurit Pandak
3. Kpl Amiruddin Zabri
4. Kpl Mohd Pozli Jaudin
5. Kpl Akmal Muhamad
6. Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan
7. L/Kpl Damarrulan Abdul Latif
8. Konst Akmal Wafi Annuar
Sementara itu, 10 anggota yang cedera dan dibawa ke Hospital Teluk Intan ialah:
1. Kpl Haslizal Mohd Ali
2. Kpl Syed Isfan Syed Mohd
3. Sjn Mazlan Mat
4. Sjn Mohd Parih Ali
5. Kpl Mohd Harrisul ikhsan Mohd Mahabudin
6. Kpl Nizam Tarmizi
7. Kpl Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli
8. Kpl Mohd Izwan ishak
9. Sjn Mohd Roslan Abd Rahim
10. L/Kpl Muhammad Aniq Taufiq Rozi
Menurutnya, terdapat 18 penumpang dan pemandu berada di dalam trak FRU tersebut.
"Apabila jentera bomba sampai di tempat kejadian lebih kurang jam 9.12, kita dapati ada tiga mangsa yang tersepit di bahagian hadapan lori, sementara 15 orang lagi berada di bahagian belakang lori.
"Bomba telah melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi tiga orang mangsa di bahagian hadapan lori yang tersepit, manakala yang 15 lagi tidak tersepit.
"Dimaklumkan bahawa ketiga-tiga mangsa di hadapan maut, begitu juga beberapa mangsa di belakang," katanya.
Difahamkan, kesemua mereka dalam perjalanan balik ke Ipoh selepas tugasan kawalan perarakan sempena sambutan Hari Wesak semalam.

Menurutnya, sebahagian mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan.
Difahamkan kesemua mereka dalam perjalanan balik ke Ipoh selepas tugasan kawalan perarakan sempena sambutan Hari Wesak semalam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami