awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: 'Makcik tak putus asa berdoa, semoga celik semula'

Zaiful Mohd Ariffin
Zaiful Mohd Ariffin
30/05/2025
00:20 MYT
TERKINI HAJI 2025: 'Makcik tak putus asa berdoa, semoga celik semula'
Zawiah (dua, kiri) bersama ahli keluarganya ketika ditemui di Mekah, 29 Mei 2025. - Foto Astro AWANI
MEKAH: Berbaki enam hari menjelang wukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia di Tanah Suci memberi tumpuan khusus kepada soal ibadat dan kesihatan dalam menyempurnakan rukun Islam kelima.
Begitu juga Zawiah Mohamad, 62 tahun, yang cacat penglihatan.
Selain mahu melengkapkan rukun Islam, misinya ialah mahu berdoa di tempat mustajab, memohon supaya penglihatannya kembali normal.
Bekas guru Matematik itu hilang penglihatan sejak usia 24 tahun, ketika mengandung anak pertama, akibat penyakit glaukoma yang dihidapi pada usia 16 tahun.
"Kandungan masuk dua bulan, makcik buta. Makcik dapat tahu mengandung pada Ogos 1987. Pada 26 Sept 1987, makcik pening, demam, tak boleh bangun, tak boleh celik mata.
"Tak tahu nak kata apa. Allah sahaja yang tahu. Memang tak boleh nak bangun. Tak boleh nak pergi mengajar. Mata macam dicucuk jarum," katanya.
Sejak itu, Zawiah bersama suami, Mohd Isa Yakob, menyesuaikan kehidupan dalam keadaan penuh reda dengan takdir Allah.
Kini, mereka mempunyai empat anak dan enam cucu.
Pernah mengerjakan umrah pada tahun 2016, Zawiah bersyukur dijemput lagi sebagai Duyufurrahman pada musim haji 1446H kali ini.
"Sebenarnya, makcik sentiasa mengharapkan dapat penglihatan semula. Sebab, bagi makcik, kuasa Allah tiada batasannya, tiada had waktu.
"Sebab itu, makcik tak pernah putus asa. Selagi makcik diberi nyawa, makcik sentiasa mengharapkan, kalau itu yang lebih baik, makcik minta diberi penglihatan semula.
"Tetapi, jika buta itu lebih baik bagi makcik, dalam keadaan begini, makcik reda sampai mati," katanya.
Topic Berkaitan
#Mekah
#jemaah haji
#cacat penglihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami