awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Malaysia terima anugerah tertinggi pengurusan haji

Azizul Azwa
Azizul Azwa
08/06/2025
23:10 MYT
TERKINI HAJI 2025: Malaysia terima anugerah tertinggi pengurusan haji
Mohd. Na'im (dua dari kiri) mewakili Malaysia menerima anugerah tertinggi, Diamond Award Labbaittom daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi pengurusan jemaah haji terbaik dunia.
MEKAH: Malaysia melalui Tabung Haji (TH) bukan sahaja mengekalkan kecemerlangan untuk empat tahun berturut-turut, malah julung kalinya memperoleh anugerah tertinggi - Diamond Award Labbaittom bagi pengurusan jemaah haji terbaik dunia.
Anugerah itu dinobatkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, di sini, pada Ahad malam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na'im Mokhtar berkata, kejayaan ini adalah hasil kerja dan komitmen tinggi, khususnya warga TH di lapangan dan Sahabat Maktab yang menyantuni jemaah haji.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Pengerusi TH, Tan Sri Rashid Husain; Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustaqim Muhammad dan Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun.
“Walaupun menerima anugerah tertinggi, Tabung Haji akan melakukan post mortem dan usaha tambah baik bagi operasi haji bagi tahun depan,” katanya.
Tegasnya, tumpuan baik pulih kepada kebajikan dan keselamatan jemaah haji Malaysia.
Sebagai contoh, katanya keadaan khemah di Mina yang perlu ditingkatkan lagi keselesaan.
“Insya-Allah pada tahun depan, Tabung Haji meneruskan komitmen, perkhidmatan lebih baik dan meneruskan dengan syarikat Masyair Al-Masyarik untuk memastikan jemaah kita selesa dan seterusnya mendapat haji mabrur,” katanya.
Majlis Malam Penutup Operasi Haji dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah pada setiap tahun sebaik selesai urusan haji.
Topic Berkaitan
#terkini haji 2025
#Tabung Haji
#anugerah tertinggi
#pengurusan haji
#Diamond Award Labbaittom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan