awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Naib Ketua UMNO Permatang Pauh meninggal dunia di Mekah

Sinar Harian
Sinar Harian
15/06/2025
02:10 MYT
TERKINI HAJI 2025: Naib Ketua UMNO Permatang Pauh meninggal dunia di Mekah
Azam (kanan) dilaporkan telah meninggal dunia di Mekah pada Ahad. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Naib Ketua UMNO Permatang Pauh, Azam Ahmad, dilaporkan telah meninggal dunia di Mekah pada Ahad.
Difahamkan arwah meninggal dunia ketika baharu selesai melaksanakan tawaf di hadapan Kaabah dalam berpakaian ihram.
Menurut Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, berita kematian Allahyarham Azam dikhabarkan oleh isterinya pada jam 9 malam Sabtu.
"Ketika waktu Maghrib semalam, saya ada cakap telefon dengan arwah. Dia beritahu dia tak berapa larat tetapi berkeinginan untuk naik ke Gua Hira.
"Saya nasihatkan dia supaya tidak meneruskan niatnya kerana lokasi gua itu jauh dan dengan keadaannya yang keletihan, saya rasa tak sesuai.
"Arwah pun akur. Kami menamatkan panggilan dan selepas dua jam, isterinya mengirimkan teks memberitahu arwah terjatuh selepas selesai tawaf. Isteri arwah memohon mendoakan kesihatan arwah," katanya ketika menyampaikan ucapan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Permatang Pauh di sini pada Ahad.
Dalam nada sebak, Mohd Zaidi berkata, selang lima minit, isterinya memaklumkan bahawa arwah Azam telah menghembuskan nafas terakhirnya dalam berpakaian ihram.
"Saya mohon semua yang ada di sini supaya sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#meninggal dunia di Mekah
#jemaah haji Malaysia
#Azam Ahmad
#Naib Ketua UMNO Permatang Pauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan