MALAYSIA
TERKINI HAJI 2025: TH tidak tolak permohonan jemaah haji OKU cukup syarat - Mohd Na'im

Inisiatif ini bertujuan membantu jemaah OKU mengakses panduan ibadah dengan lebih mudah dan efektif. - Foto Astro AWANI
MEKAH: Tabung Haji (TH) tidak boleh menolak permohonan Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan, sekiranya cukup syarat yang ditetapkan iaitu berkemampuan dan ada peneman.
Ringkasan AI
- Tabung Haji memastikan akses bagi jemaah OKU: Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan boleh menunaikan haji jika memenuhi syarat yang ditetapkan, termasuk mempunyai peneman.
- Pelancaran Buku Panduan Haji dan Umrah versi Braille: Inisiatif ini bertujuan membantu jemaah OKU mengakses panduan ibadah dengan lebih mudah dan efektif.
- Kerjasama dalam menyediakan panduan Braille: Buku panduan ini diterbitkan hasil usaha TH bersama Universiti Sains Malaysia dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia.
“Di pihak Tabung Haji sekiranya mereka ada kemampuan, ada yang boleh menemankan mereka, kita tidak akan tolak dipanggil untuk jadi tetamu Dhuyufurahman,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Buku Panduan Haji dan Umrah versi Braille di sini pada Selasa.

Tabung Haji melancarkan Buku Panduan Ibadah Haji dan Umrah versi Braille. - Foto Astro AWANI
Bekas guru, Nai’mah Mansor, 64, berkata usaha TH, bertepatan dengan keperluan golongan kelainan upaya penglihatan kerana Braille adalah satu-satunya kaedah mendalami ilmu.
“Bila saya belajar Braille ni, saya tidak boleh tinggal saya mesti sentuh tiap-tiap hari, walau satu jam setiap hari, saya akan teringat, sebab itu lah saya rasa saya cepat menguasai Braille,” katanya.
Buku panduan lengkap ini adalah bukti usaha TH menyantuni semua golongan Dhuyufurrahman untuk ke Tanah Suci.
Naskah ini adalah hasil kerjasama TH, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum Universiti Sains Malaysia dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami