awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Laluan ke Stesen KTMB Arau tidak boleh diakses akibat banjir

Bernama
Bernama
25/11/2025
06:45 MYT
[TERKINI] Laluan ke Stesen KTMB Arau tidak boleh diakses akibat banjir
Kawasan sekitar Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau dinaiki air hari ini. - Gambar/ Bernama
KANGAR: Laluan ke Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau di sini, tidak boleh diakses akibat banjir hari ini.
Berikutan itu, penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang menggunakan stesen itu boleh naik dan turun tren di Stesen KTMB Kodiang, Kedah sehingga keadaan kembali pulih.
KTMB dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan penyesuaian itu dibuat bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan penumpang ke stesen.
"Hebahan awal turut dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelanggan yang terkesan bagi memaklumkan pertukaran lokasi stesen... kakitangan KTMB berada di Stesen Kodiang bagi membantu dan menyelaras pergerakan penumpang, memastikan proses berjalan lancar dan teratur," menurut hantaran itu.
DAPATKAN INFO TERKINI CUACA DAN BANJIR DI MALAYSIA DI SINI
Menurut KTMB, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca dan paras air serta mengemas kini perkembangan situasi melalui saluran media sosial rasmi dari semasa ke semasa.
Hantaran itu memaklumkan buat masa ini, perkhidmatan tren ETS masih beroperasi seperti biasa namun tertakluk kepada situasi semasa di sektor utara.
Di ALOR SETAR, laluan arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan di Kilometer 28.3-KM28.4 antara Dewan Wawasan ke Jitra ditutup sementara berikutan peningkatan paras air akibat banjir.
Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu menerusi hantaran di Facebook meminta pengguna lebuh raya itu menggunakan laluan keluar melalui susur Malau-Jitra dan masuk semula ke lebuh raya melalui susur masuk Darulaman.
Polis menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan keselamatan, memandu dengan berhemah dan mengelak dari melalui kawasan yang dinaiki air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir 2025
#banjir Perlis
#Stesen KTMB Arau
#ETS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan