awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Malaysia iltizam pastikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berjalan lancar - PM Anwar

Bernama
Bernama
26/10/2025
00:20 MYT
[TERKINI] Malaysia iltizam pastikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berjalan lancar - PM Anwar
ANWAR: Mohon titipan doa daripada seluruh rakyat agar segala urusan dipermudah-Nya, insya-Allah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia beriltizam memastikan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini hingga 28 Okt berjalan dengan lancar dan mencapai hasil yang bermakna.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sidang kemuncak berkenaan penting bagi memperkukuh perpaduan, memacu pertumbuhan serantau serta menegaskan peranan ASEAN sebagai pusat kestabilan dan kemakmuran.
"Mohon titipan doa daripada seluruh rakyat agar segala urusan dipermudah-Nya, insya-Allah," katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Anwar menghadiri pramesyuarat sebagai persiapan terakhir menjelang sidang kemuncak berkenaan di bawah kepengerusian Malaysia, malam tadi.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", menjadi antara perhimpunan terbesar dalam sejarah blok itu.
Tahun ini menandakan kali kelima Malaysia memegang tampuk Kepengerusian ASEAN sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967.
Malaysia sebelum ini mempengerusikan ASEAN pada 2015, 2005, 1997 dan 1977.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN25
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
#Kepengerusian Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan