Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Mesyuarat Lembaga Pengampunan: Hannah Yeoh, Peguam Negara tiba di Istana Negara

pintu 2 Istana Negara
Ketibaan mereka menjelang Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dijadual berlangsung pagi ini. - Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kenderaan dipercayai membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada jam 7.48 pagi, hari ini.

Tidak lama kemudian, kenderaan dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, turut dilihat memasuki pekarangan Istana Negara.

Ketibaan mereka menjelang Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dijadual berlangsung pagi ini.

Hannah dan Mohd Dusuki merupakan antara anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya turut dianggotai tidak lebih tiga anggota lain yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Mesyuarat hari ini mendapat perhatian susulan pertimbangan terhadap permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditangguhkan pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-63 pada 11 September lalu ke mesyuarat akan datang.

Dalam mesyuarat sama, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan memberikan pengampunan kepada 65 banduan lain.

Malam tadi, Hannah turut menafikan tandatangannya terdapat pada satu dokumen yang tular berkaitan isu tahanan rumah Najib.

Setakat pagi ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai keputusan mesyuarat Lembaga Pengampunan hari ini.

 

Must Watch Video

Advertisement