Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Pengusaha dewan makan MRSM, Kolej MARA wajib beli bahan mentah daripada usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 14 Mei -- Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjawab soalan dari pengamal media pada Sesi Konsultasi Rang Undang-Undang MARA 2026 di sebuah hotel hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Komited pastikan kualiti dan kebajikan pelajar terjaga, Asyraf Wajdi (foto) kerap turun padang membuat ‘terjah’ ke dewan makan MRSM bagi memeriksa penyediaan makanan serta standard kebersihan kontraktor. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) meluluskan dasar baharu yang mewajibkan semua pengusaha dewan makan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej MARA mendapatkan bekalan bahan mentah hanya daripada usahawan Bumiputera.

Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata ketetapan mandatori itu melibatkan pembelian barangan basah dan runcit seperti ayam, ikan, kicap, sos, serta keperluan dapur lain.

Pemerhati berpandangan langkah berkenaan diputuskan oleh Majlis MARA bagi memastikan peruntukan serta ekosistem perolehan agensi itu memberi limpahan ekonomi langsung kepada rantaian usahawan Bumiputera.

"Majlis MARA lulus dasar baharu, semua pengusaha dewan makan MRSM, Kolej MARA yang mendapat kontrak MARA, wajib utamakan barang mentah seperti ayam, ikan, kicap, sos dan lain-lainl. hanya daripada USAHAWAN BUMIPUTERA," katanya menerusi satu hantaran di akaun media sosial beliau pada Selasa.

Dasar baharu ini dijangka menutup ruang amalan pihak tertentu yang memperoleh kontrak dewan makan atas kapasiti Bumiputera, namun rantaian bekalan bahan mentah diperoleh daripada pembekal luar tanpa menyumbang kembali kepada ekosistem usahawan tempatan.

Selain itu, ketetapan ini membuka pasaran terjamin (captive market) yang signifikan kepada pengeluar Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bimbingan MARA, khususnya dalam sektor pemprosesan makanan dan produk halal.

Komited pastikan kualiti dan kebajikan pelajar terjaga, Asyraf Wajdi kerap melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa dewan makan MRSM di seluruh negara susulan aduan berkaitan kualiti sajian dan kes keracunan makanan, dengan amaran tegas bahawa tindakan penamatan kontrak serta senarai hitam akan dikenakan terhadap mana-mana kontraktor yang culas mematuhi standard ditetapkan.

 

Must Watch Video

Advertisement