awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tarif 25 peratus, Trump 'acah', tidak berani buat - Penganalisis
Penempatan koloni PATI ‘kebal’ tepi lebuh raya digempur, 71 ditahan
Kakak tidak sangka pertemuan dengan Mohamed Saiful dua minggu lepas adalah yang terakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah Ke-17

Assim Hassan, Syaff Syukri
Assim Hassan, Syaff Syukri
29/11/2025
19:40 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah Ke-17
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-17 awal pagi ini di Istana Seri Kinabalu. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-17 awal pagi ini di Istana Seri Kinabalu di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman antara jam 3 hingga 3.15 pagi.
“Alhamdulillah selesai sudah saya mengangkat sumpah sebagai ketua menteri. Terima kasih kita jumpa esok,” katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Seri Kinabalu pada awal pagi ini.
Terdahulu, Hajiji dan beberapa pemimpin GRS hadir ke Istana Seri Kinabalu pada jam 1.20 pagi.
Difahamkan turut hadir pada majlis angkat sumpah itu beberapa pemimpin UPKO termasuk Datuk Ewon Benedick dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Hajiji merupakan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Pada Pilihan Raya Sabah Ke-17, GRS menang dengan 29 kerusi; Warisan 25; Barisan Nasional (6); UPKO (5).
Setakat ini, belum ada kepastian parti mana yang bersama GRS untuk membentuk kerajaan campuran.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Hajiji Noor
#angkat sumpah
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan