awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: JKR larang pasang bahan kempen di kawasan berisiko

Bernama
Bernama
17/11/2025
22:10 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: JKR larang pasang bahan kempen di kawasan berisiko
Perang bendera parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17 mula menghiasi daerah Tenom. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah meminta semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 supaya tidak memasang bahan kempen di kawasan berisiko mengganggu keselamatan jalan raya.
JKR Sabah dalam satu notis umum pada Isnin malam memberitahu, larangan itu meliputi kawasan bulatan, bukaan median jalan, simpang, lintasan pejalan kaki serta tiang lampu isyarat.
Notis itu memaklumkan, pemasangan bahan kempen seperti bendera, sepanduk, poster dan apa sahaja bahan berkaitan di lokasi berkenaan boleh menghadkan penglihatan pemandu dan meningkatkan risiko kemalangan.
"Tindakan ini penting untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap optimum sepanjang tempoh kempen PRN Sabah ke-17. Bahan kempen yang sudah dipasang di kawasan terbabit perlu dialihkan dengan segera bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini," menurut notis itu.
JKR juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjaga keselamatan serta kelancaran trafik di seluruh negeri.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal 25 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#JKR Sabah
#PRN Sabah
#kawasan berisiko
#larangan bahan kempen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan