awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Athlete Centre pertama di MSN siap beroperasi Februari ini - Dr Taufiq Johari
Kajian keperluan UPSR, PT3 dijangka siap tahun ini - Fadhlina
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Kekangan fizikal tidak halang warga emas, OKU tunai kewajipan mengundi

Bernama
Bernama
29/11/2025
02:25 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Kekangan fizikal tidak halang warga emas, OKU tunai kewajipan mengundi
Bainih hadir untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 di Sekolah Kebangsaan Serusup, Tuaran, hari ini. --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini, meskipun berdepan kekangan fizikal dan keuzuran.

Ringkasan AI
  • Warga emas dan OKU turut mengundi dalam PRN Sabah ke-17 hari ini walaupun berdepan dengan kekangan fizikal dan keuzuran, dengan pusat pengundian dipenuhi seawal 7.30 pagi.
  • Kejayaan warga emas seperti Bainih Kaluk, 74, yang berkerusi roda dan OKU pembelajaran Rauzaimie Jamlin, 24, yang hadir bersama bapanya, menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab mengundi.
  • Pesara swasta Jamlin Saiteh, 64, menemani anaknya Jamlin untuk kedua kalinya mengundi, menekankan pentingnya tanggungjawab mengundi kepada generasi muda.

Pusat-pusat pengundian mula dipenuhi pengundi seawal 7.30 pagi, terdiri daripada mereka yang lebih berusia yang hadir ditemani ahli keluarga bagi mengelakkan kesesakan.
Antara yang hadir awal ialah ialah Bainih Kaluk, 74, warga emas berkerusi roda yang dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memasuki saluran pengundian di Sekolah Kebangsan (SK) Serusup, Tuaran.
Turut mencuri perhatian ialah pengundi OKU pembelajaran Rauzaimie Jamlin, 24, yang hadir ditemani bapanya Jamlin Saiteh di pusat pengundian sama.
Jamlin, 64, pesara swasta dari Kampung Santing berkata ini adalah kali kedua dia menemani anaknya melaksanakan kewajipan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.
Ruzaimie, ditemani bapanya, Jamlin Saiteh, mengundi pada PRN Sabah ke-17 di Sekolah Kebangsaan Serusup, Tuaran, hari ini. --fotoBERNAMA
Ruzaimie, ditemani bapanya, Jamlin Saiteh, mengundi pada PRN Sabah ke-17 di Sekolah Kebangsaan Serusup, Tuaran, hari ini. --fotoBERNAMA
Menurut Jamlin, dia sering berpesan kepada anak lelakinya itu mengenai tanggungjawab sebagai pengundi lebih-lebih lagi golongan muda.
"Saya bawa dia kerana tanggungjawab mengundi, (sebab) dia orang muda. (Mengundi) adalah suara rakyat dan ini tanggungjawab kita, mesti diselesaikan," katanya ketika ditemui Bernama di pusat pengundian itu.
Di PAPAR, kira-kira 30 kilometer dari sini, Yusri Yunos, 48, sanggup keluar seawal 5.30 pagi untuk menunaikan tanggungjawab di pusat mengundi SK Kawang.
"Datang awal sebab hendak dapat yang pertama mengundi di sini, saya sampai sini 6 pagi tadi," katannya yang berharap kerajaan negeri dapat ditubuhkan secepat mungkin.
Warga emas antara golongan yang awal hadir bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada PRN Sabah ke-17 di SK Sungai Haji Matahir, Tawau, hari ini. -- fotoBERNAMA
Warga emas antara golongan yang awal hadir bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada PRN Sabah ke-17 di SK Sungai Haji Matahir, Tawau, hari ini. -- fotoBERNAMA
Petugas Klinik Kesihatan Kinarut, Halimah Tamin, 51, pula berharap keputusan pilihan raya kali ini membawa kepada pembentukan kerajaan yang kukuh dan berupaya mentadbir negeri dengan baik.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan