awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
68,000 pelajar di Pahang terima bantuan kit pembelajaran Tunas Makmur serentak
Siasatan kes bekas menteri disyaki terima RM5 juta, Lamborghini masih berjalan - Azam
Ahmad Zahid sahkan akan bertemu Dr Muhamad Akmal petang ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: SPR jangka keputusan penuh 12 tengah malam

Assim Hassan
Assim Hassan
29/11/2025
04:30 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: SPR jangka keputusan penuh 12 tengah malam
Ramlan berkata, SPR sudah menyediakan logistik termasuk helikopter di beberapa DUN bagi memudahkan proses membawa peti undi terutama di kawasan pulau dan pedalaman.- Foto Astro AWANI
PAPAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 diketahui pada jam 12 tengah malam ini.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata manakala keputusan awal boleh diterima pada jam 10 malam.
“Kita menjangkakan keputusan awal kita boleh terima dekat pukul 10 malam dan kita bagi semua keputusan kita boleh terima pukul 12 tengah malam ini,” katanya pada sidang media di Pusat Daerah Mengundi SK Kawang di sini hari ini.
Katanya, SPR sudah menyediakan logistik termasuk helikopter di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memudahkan proses membawa peti undi terutama di kawasan pulau dan pedalaman.
Malah, pihaknya boleh menerima peti undi dari kawasan tersebut lebih awal memandangkan pusat daerah mengundi di kawasan-kawasan tersebut ditutup seawal 12 tengah hari.
Selain itu, SPR meletakkan unjuran 60 peratus keluar mengundi bagi PRN Sabah ke-17 berbanding 65 peratus pada PRN terdahulu disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Ia boleh dilihat setakat jam 11 pagi ini, peraturan keluar mengundi 31.3 peratus yang dilihat agak rendah sedikit.
“Kita harap keadaan cuaca yang terang ini akan berterusan sehingga petang dan peratusan keluar mengundi meningkat dengan lebih banyak pada sebelah petang,” katanya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#Ramlan Harun
#Keputusan PRN Sabah
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan