awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] RASMI PRN SABAH 2025: Masidi Manjun pertahan Karanaan, Jamawi Jaafar menang di Melalap

Khalis Khadir
Khalis Khadir
29/11/2025
14:41 MYT
[TERKINI] RASMI PRN SABAH 2025: Masidi Manjun pertahan Karanaan, Jamawi Jaafar menang di Melalap
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun secara rasmi menang dalam pertembungan tujuh penjuru.
KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun secara rasmi menang dalam pertembungan tujuh penjuru.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Masidi Manjun menang dengan majoriti 4,814 undi untuk kerusi DUN Karanaan dalam PRN Sabah ke-16, mengalahkan tiga pencabar lain.
  • Calon Pakatan Harapan, Datuk Jamawi Jaafar, juga disahkan menang dalam pertembungan lapan penjuru.
  • SPR belum mengumumkan jumlah undi bagi kedua-dua kerusi tersebut disebabkan faktor persaingan calon dan logistik di kawasan pedalaman Sabah.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, Masidi menang dengan majoriti yang agak besar iaitu 4,814 undi, menewaskan tiga pencabarnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan turut memaklumkan, seorang lagi yang disahkan menang ialah calon Pakatan Harapan, Datuk Jamawi Jaafar dalam pertembungan lapan penjuru.
Kerusi itu antara yang menjadi tumpuan selepas anak kepada penyandang kawasan tersebut, Priscella Peter turut bertanding dengan tekad untuk meneruskan legasi bapanya, Datuk Peter Anthony.
Bagaimanapun, SPR tidak memaklumkan jumlah undi bagi kedua-dua kerusi berkenaan atas beberapa faktor dan ia akan dikemas kini dari masa ke masa.
“SPR sedang menunggu keputusan-keputusan yang akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) bagi 71 Bahagian Pilihan Raya Negeri di seluruh Sabah.
“SPR ingin memaklumkan, proses penjumlahan undi mengambil sedikit masa yang lebih panjang berikutan persaingan calon beberapa penjuru, selain faktor muka bumi dan logistik di beberapa kawasan pedalaman untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi,” katanya dalam kenyataan.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#keputusan rasmi
#Masidi Manjun
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan