Skip to main content
Advertisement

Malaysia

[TERKINI] Sukan Asia: Butir emas pertama, Adeola bakal bawa pulang Proton e.MAS

Emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bukan sahaja membawa kegembiraan buat Adeola Fay Robert, malah bakal menghadiahkan atlet karate negara itu sebuah Proton e.MAS.
Adeola muncul juara acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 dalam aksi final. - Stadium Astro
Advertisement

EMAS pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bukan sahaja membawa kegembiraan buat Adeola Fay Robert, malah bakal menghadiahkan atlet karate negara itu sebuah Proton e.MAS.

Adeola muncul juara acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 dalam aksi final di Gimnasium Toyohashi Aichi, sebentar tadi.

Atlet negara itu bermula garang apabila mengumpul empat mata menerusi empat kutipan yuko untuk mendahului 4-0.

Bagaimanapun, Fatemehzahra bangkit memberi tekanan, namun Adeola kekal tenang sebelum mengesahkan kemenangan 6-4 untuk menghadiahkan emas pertama kontinjen negara di Aichi-Nagoya.

Sebelum itu, Adeola menempah tiket ke final selepas menewaskan wakil Kazakhstan, Smasheva Bella, 5-4 dalam aksi separuh akhir.

Lebih manis, kejayaan meraih emas itu turut membawa ganjaran istimewa apabila Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) sebelum ini menjanjikan sebuah kereta elektrik Proton e.MAS kepada setiap pemenang pingat emas negara di temasya berkenaan.

Daripada gelanggang karate ke kunci kereta elektrik -- pingat emas Adeola kini hadir bersama ganjaran yang cukup lumayan. -- Stadium Astro
 

Must Watch Video

Advertisement