Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Tiada PRK Parlimen Pandan, Setiawangsa dijalankan - SPR

81697783325_TBUNDI.jpg
SPR berkata, berdasarkan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan dijalankan susulan tindakan bekas Ahli Parlimen bahagian itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengosongkan kerusi masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan berkata, berdasarkan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, SPR menerima pemakluman status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa oleh Johari hari ini.

SPR berkata, pengisytiharan kosong dua kerusi parlimen itu mengikut Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

"Tiada PRK bahagian Pilihan Raya Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan dijalankan," katanya.

Must Watch Video

Advertisement