Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar yang sah – DKU

DKU dalam kenyataannya menegaskan semula bahawa DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan Yang di-Pertua Dewan. - Gambar fail/Bernama
DKU dalam kenyataannya menegaskan semula bahawa DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan Yang di-Pertua Dewan. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah tidak sah dan tidak mempunyai sebarang kesan.

Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan berkata, MMKN tidak mempunyai kuasa menentukan kedudukan Yang di-Pertuan Besar.

Menurut DKU, perkara berkaitan pemilihan, pelantikan, peletakan jawatan atau pemecatan Yang di-Pertuan Besar terletak di bawah bidang kuasanya.

Advertisement

Justeru, keputusan MMKN bertarikh 16 September yang mengiktiraf pemilihan Yang di-Pertuan Besar baharu turut disifatkan tidak berperlembagaan.

“Dengan itu, ia adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan tidak mempunyai apa-apa kesan,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan hari ini.

Advertisement

DKU turut menegaskan Proklamasi pada 19 April untuk menurunkan Tuanku Muhriz kekal cacat dan terbatal.

Ini kerana siasatan yang diwajibkan tidak pernah dijalankan, manakala tiga daripada empat penandatangan didakwa bukan Undang yang sah ketika itu.

Sehubungan itu, pegawai kerajaan negeri tidak dikehendaki melaksanakan sebarang arahan berdasarkan keputusan berkenaan.

DKU turut meminta semua pihak menghormati prosiding yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Seremban.

Pada masa sama, DKU menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

“Tiada kekosongan jawatan dan tiada pengganti selagi jawatan itu dipegang secara sah,” katanya lagi.

Must Watch Video

Advertisement