[TERKINI] Tun Mahathir disahkan retak tulang pinggul kanan
![[TERKINI] Tun Mahathir disahkan retak tulang pinggul kanan [TERKINI] Tun Mahathir disahkan retak tulang pinggul kanan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2026-01/51767692482_TunDrMahathir.jpg)
Dr Mahathir dijangka ditahan di wad untuk beberapa minggu bagi menjalani rawatan dan pemantauan berikutan kecederaan tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disahkan mengalami kecederaan retak tulang pinggul kanan dan perlu menjalani rawatan serta pemantauan selama beberapa minggu.
Ringkasan AI
- Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami kecederaan patah tulang pinggul kanan dan perlu rawatan serta pemantauan selama beberapa minggu.
- Beliau dikejarkan ke Institut Jantung Negara selepas terjatuh di kediamannya pada jam 7.30 pagi.
- Pegawai Media beliau, Sufi Yusoff, mengesahkan bahawa Dr Mahathir masih dalam proses pemantauan keseluruhan dan dijangka ditahan di wad untuk beberapa minggu.
“Selepas penilaian pasukan perubatan, disahkan bahawa Tun Mahathir mengalami retak di bahagian pinggul kanannya.
"Beliau dijangka akan ditahan di wad untuk beberapa minggu bagi menjalani rawatan dan pemantauan,” kata Sufi dalam satu kenyataan ringkas kepada media hari ini.
Terdahulu, Sufi mengesahkan bahawa Dr Mahathir dimasukkan ke hospital dalam keadaan sedar sekitar jam 9.30 pagi selepas terjatuh di kediamannya ketika bergerak dari balkoni ke ruang tamu.
“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.
Pada 13 Julai 2025, bekas Perdana Menteri itu pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar jam 10 pagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


