Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] PRN Melaka 14 November ini - SPR

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Advertisement

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

“Manakala hari mengundi awal pula ditetapkan pada 10 November," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sebuah hotel di sini, pada Rabu.

Pada 22 September lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa 23 September.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 21 dimenangi BN pada PRN lalu, manakala lima dimenangi PH dan dua Perikatan Nasional (PN).

Berbanding PRN 2021, angka pengundi Melaka kini jauh berbeza dengan pertambahan hampir 190,000 pemilih.

Setakat 20 April 2026, jumlah pemilih berdaftar di Melaka mencecah 683,543 orang, meningkat 188,348 atau kira-kira 38 peratus berbanding 495,195 pemilih pada PRN 2021.

Must Watch Video

Advertisement